Rabu, 30 Oktober 2013

Program guru penyayang

Sempena perlaksanaan program guru penyayang, SK Dato Demang Hussin amat berbesar hati menyampaikan kad ucapan hari jadi kepada murid-murid yang lahir dalam bulan Oktober terpilih menerima kad dan hadiah hari jadi Program yang diadakan pada 28 Oktober 2013 (Isnin )  ini bertujuan mengiktiraf murid-murid dan menghargai mereka sebagai insan yang perlu disayangi dan dihargai. Program ini telah memupuk jalinan dan kasih sayang yang kuat antara murid-murid dan guru-guru.

"Happy Birthday"

Salwa ( 27 Okt 2001)

 Shahir Azhan ( 26 Okt 2005)

Muhammad Aisy Harith ( 29 Okt 2005)

Program Kem Membaca

Program kem membaca telah dilancarkan pada 28 Oktober 2013 bertempat di Balai Datuk Seri Ali Rustam. Objektif utama program adalah menanam sifat ingin membaca dalam kalangan murid SKDDH. Dalam ucapan perasmiannya Puan Guru besar meningatkan murid-murid dan seluruh warga sekolah supaya sentiasa menanam minat membaca setiap masa .

MEMBACA JAMBATAN ILMU

 Pn Hjh Hasmah merasmikan program kem membaca

 Menurukan tanta tangan 

 Murid tahun 5 membaca pantun

 sebahagian murid yang terlibat dengan kem membaca

Program Jiwa Murni Bersama Sekolah Henry Gurney Melaka

Unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan program peningkatan sahsiah bersama Sekolah Henry Gurney Melaka. Program jiwa murni ini telah diadakan pada 18 Oktober (Jumaat ) dan disertai oleh semua murid lelaki tahun 4,5, dan 6.

Objektif utama program jiwa murni ini ialah mendedahkan murid kepada jenis-jenis salah laku dan jenis hukuman supaya murid dapat mempelajari dan mengenali tingkahlaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan.Dalam ceramahnya inspektor Fakhrul mendedahkan kepada murid-murid kehidupan seharian penghuni Sekolah Henry Gurney. Kami berharap program ini akan dapat menanam nilai murni dalam diri murid SK Dato Demang Hussin dan mereka berupaya menyatakan tidak kepada aktiviti salah laku.

SKDDH Boleh !

Inspektor Fakhrol menyampaikan ceramah jiwa murni

 sebahagian murid terlibat dengan program jiwa murni

 terima kasih

Sabtu, 19 Oktober 2013

Lawatan sambil belajar ke Kilang Keropok lekor

Sempena Minggu Eksplorasi Kerjaya, Unit bimbingan dan kaunseling SKDDH telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang keropok lekor di Batu Berendam Melaka. Lawatan bertarikh 17 Oktober 2013 itu  disertai oleh 100 orang murid tahun 6 dan tahun 4 juga 5 orang guru pengiring.

Semua murid diberikan taklimat ringkas oleh penyelaras projek. Selepas itu murid berpeluang melihat sendiri bagaimana keropok lekor dihasilkan. Daripada proses menguli, membuat doh, membentuk, memasak dan seterusnya membungkus  diterangkan satu persatu. Murid juga berpeluang untuk membuat keropok lekor.

Selain itu murid juga dapat menikmati keropok lekor dan membeli untuk dibawa pulang.



Sebahagian murid teruja melawat kilang keropok
 
En Azren menyampaikan taklimat

Sebagai guru pengiring

 Bakal usahawan berjaya 

Proses membungkus



Khamis, 17 Oktober 2013

Program Korban Kelompok Warga SK Dato Demang Hussin

Kelab Guru dan Kakitangan SK Dato Demang Hussin merancang pelbagai program bertujuan memupuk ukhwwah dalam kalangan warga sekolah. Tahun kedua berturut-turut program korban kelompok telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Program telah dijalankan pada  15 Oktober 2013 bersamaan dengan Hari Raya aidil Adha bertempat di Balai Datuk Seri Ali Rustam. aktiviti korban melibatkan sebanyak 3 ekor lembu. Guru-guru, Mantan Guru besar Pn Hajah Nor'aisah Muhammed dan kakitangan telah bergotongroyong menyembelih, melapah dan memasak daging korban tersebut. Daging korban juga telah diagihkan kepada seramai 50 orang anak yatim dan fakir miskin di SKDDH. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan  dengan cara itu dapat mendidik anak didik skddh erti pengorbanan sebenar  samada dalam mendidik anak bangsa, membentuk sahsiah dan pekerti mulia juga menerapkan erti pengorbanan yang perlu dilakukan dalam menimba ilmu pengetahuan di masa akan datang.

Bergotongroyong

aktiviti korban


melapah lembu korban

tekun melapah lembu

sambil menumis sempat posing lagi cikgu ni

bukan sahaja cekap mengurus pusat sumber ,
memasak pun pakar juga

kerja yee jangan main-main

Merancang strategi tahun depan

Sabtu, 12 Oktober 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Malaysian Flying Academy Melaka

Sempena minggu eksplorasi kerjaya, unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Akademi Penerbangan Melaka di Batu Berendam pada 10 Oktober 2013 hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 Tengah Hari. Lawatan disertai oleh 90 orang murid Tahun 5 dan 6 juga 5 orang guru pengiring.

Objektif utama lawatan diadakan adalah bagi mendedahkan murid-murid tentang kerjaya sebagai seorang juruterbang, trait personaliti yang perlu ada, disiplin diri dan menyuntik semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang. Lawatan ini telah meninggalkan kenangan manis buat murid-murid dan Guru-guru SK Dato Demang Hussin . Terima kasih kepada semua kaki tangan Akademi Penerbangan, Encik Nordin dan bakal-bakal pilot muda. Buat Iman, Daneal dan rakan-rakan yang lain, terima kasih atas semua layanan dan tunjuk ajar yang diberi.

Murid dibawa melawat persekitaran Akademi Penerbangan

Guru pengiring

Merancang masa depan



\
bakal juruterbang

Encik Nordin memberi taklimat

Terima kasih

Menjamu selera

 
Sebahagian pelatih pilot

Murid begitu teruja untuk ke bilik simulasi


Bergambar kenangan



Jumaat, 11 Oktober 2013

Sehari Bersama Polis Trafik

Sempena minggu eksplorasi kerjaya, unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan program bersama polis trafik pada 9 Oktober 2013 bermula jam 8.30 pagi. Program diadakan dianjung informasi dan disertai oleh semua murid Tahun 6.


Selain ceramah berkaitan kerjaya polis trafik diadakan juga pameran berkaitan keselamatan jalan raya. Kami mengharapakan program tersebut akan mencetus rasa insaf dan tanggungjawab dalam kalangan murid-murid dan harapan kami semoga suatu hari nanti akan lahir baris pegawai polis trafik yang berkaliber, berintegriti dan suka menolong sesama manusia.

 Pegawai polis trafik Sarjan Mejar Halim serius memberikan ceramah

 Sebahagian murid gembira mendengar ceramah keselamatan jalan raya

 Terima kasih tuan sarjan

 Menyaksikan pameran keselamatan jalan raya


Selasa, 8 Oktober 2013

Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2013

Perkhemahan unit beruniform telah diadakan pada  4 dan 5 Oktober 2013 bertempat di Padang SK Dato Demang Hussin. Seramai 150 orang murid yang terdiri dari Pergerakan Puteri Islam, Pasukan Pengakap, Tunas Kadet Remaja, Tunas Puteri dan Persatuan Bulan Sabit Merah telah terlibat dengan program ini. Antara aktiviti yang telah diajalankan ialah pertandingan mendirikan khemah, pertandingan memasak, malam kebudayaan, kawad kaki dan pertolongan cemas.

Pergerakan Puteri Islam
 




Persembahan malam kebudayaan

Persembahan aci-aci buka pintu

Program Bersama MARDI Melaka

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kemahiran Hidup tahun 2013 telah mengadakan program bersama MARDI pada 7 Oktober 2013 jam 8.30 pagi. Seramai 156 orang murid tahun 6 dan guru-guru Kemahiran Hidup terlibat dengan program tersebut.

Dalam program ini murid dan guru telah didedahkan dengan teknologi terbaharu dan demontrasi membuat tapai pulut juga demonstrasi  menanam sayur-sayuran dan buah-buahan menggunakan teknologi green kit.

Encik Menhat dari MARDI sedang menunjukkan cara  membuat tapai pulut
Sebahagian guru yang terlibat bersama kakitangan MARDI
Sebahagian murid tahun 6 yang terlibat dengan program bersama MARDI
Teknik menanam sayur-sayuran menggunakan green kit



Program Sehari Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Melaka

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Program Selepas UPSR 2013 telah mengadakan program Sehari bersama SPRM. Program ini bertujuan mendedahkan murid-murid tahun 6 berkaitan perundangan, punca , kesan, dan simptom serta langkah-langkah untuk mengatakan tidak kepada rasuah . Harapan kami program ini akan dapat membekalkan maklumat secukupnya untuk membentuk jati diri yang kuat dan menjadi warganegara yang berintergriti di masa akan datang.


Isnin, 7 Oktober 2013

Lawatan Sambil Belajar ke Akademi Kastam Melaka

Lawatan sambil belajar ke Akademi Kastam Melaka (AKMAL) telah diadakan pada 3 Oktober 2013 sempena Minggu Eksplorasi Kerjaya tahun 2013. Lawatan telah disertai oleh seratus orang murid Tahun  6 Aman dan Tahun 6 Arif. Harapan kami murid mendapat maklumat berkaitan kerjaya sebagai seorang anggota kastam.


Program sepagi bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Melaka

Program sepagi bersama pasukan bomba merupakan salah satu aktiviti yang dirancang sempena Minggu Eksplorasi Kerjaya tahun 2013. Program yang diadakan pada 7 Oktober 2013 bermula jam 9.00 pagi.

Murid tahun 5 mencuba menaiki tangga kereta bomba

Murid gembira merasa menaiki kereta bomba
 



Encik Omar  sedang menyampaikan ceramah