Sabtu, 23 November 2013

Adab menuntut Ilmu

1. Niat ikhlas
2. Tekun berusaha dan sentiasa bertawakkal kepada Allah
3. Menjauhi maksiat
4. Memilih teman yang soleh
5. Banyakkan berzikir
6. Menjaga kehormatan diri
7. Sentiasa berdoa dan mendapatkan keredaan kedua ibu bapa
8. Sentiasa menghormati, mendengar kata  dan berbuat baik dengan guru
9. Beramal dengan segala ilmu yang diperolehi kejalan kebaikan




 


Panduan Bersahabat


Dekati:

1. Orang yang berakal
2. Orang yang baik perangainya
3. Orang yang beragama
4.  Orang yang berpegang dengan Ahli Sunah Wal Jamaah
5. Orang yang zuhud terhadap dunia

Jauhi:

1. Orang yang banyak berdusta
2. Orang yang kurang berakal
3. Orang yang kedekut
4. Orang yang penakut
5. Orang yang fasik

 

Khamis, 21 November 2013

Adab Dengan Guru

1. Janganlah memanggil guru dengan perkataan kamu atau kau, dan janganlah memanggilnya dari jauh. Berkata Iman Al-Khatib "Panggillah guru kamu dengan "Wahai tuan guru, wahai al-hafiz dan panggilan seumpamanya."

2. Sentiasanya penuntut ilmu mencari redha tuan gurunya walaupun berbeza pendapat dengan gurunya. Hendaklah menghormati haknya dan tidak melupakan kelebihannya, jangan mengumpat ke atas gurunya dan jangan biarkan orang mengumpatnya.

3.Sentiasalah berdoa untuk guru semasa hidupnya, mengambil berat akan zuriatnya, sanak saudaranya dan orang yang disayanginya selepas kewafatannya. Sentiasa menziarahi kuburnya, dan meminta maaf darinya.

Berkata Iman Abu Yusuf "aku sentiasa mendoakan kebaikan tuan guruku Imam Abu Hanifah . Sebelum mendoakan kedua orang tuaku kerana aku Imam Abu Hanifah pernah berkata "aku sentiasa guruku Hammad bersama kedua ibu bapaku."

Berkata Iman Ahmad "aku sentiasa mendoakan Imam Syafie dan meminta ampun darinya sebelum aku tidur selama tiga puluh tahun ."

Berkata Imam al-Syafie " apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-lahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas."

Dari Imam Abu Hanifah, "aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku Iamam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong."

 
 

Kelebihan memberi salam

KELEBIHAN MEMBERI SALAM

Kamar-kamar Di Syurga: bagi pemberi salam

Rasullah saw pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan  yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasullah SAW"?, tanya para sahabat.

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa, dan solat di waktu malam saat mansia lelap dalam mimpinya."

 

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dengan begitu ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi Muhammad SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.






Rabu, 20 November 2013

Memanafaatkan masa cuti sekolah

Cuti sekolah akhir tahun telah pun bermula. Pasti ramai murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah menanti waktu cuti sekolah dengan perasaan tidak sabar. Bermacam-macam agenda telah dirancang sebelum cuti sekolah lagi samada oleh pelajar mahupun ibu bapa sendiri. Namun bagi pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan STPM, teruskan perjuangan untuk menggapai impian menjadi seorang yang berjaya pada suatu hari nanti. 

          Dalam waktu cuti persekolahan inilah ramai yang akan  mengadakan majlis perkahwinan. Ibu bapa tentu telah berkira-kira memohon cuti untuk pulang ke kampung bagi menziarahi keluarga terutama ibu bapa dan juga mengunjungi majlis perkahwinan saudara terdekat. Sambil pulang ke kampung bolehlah ibu bapa mengambil kesempatan menziarahi sanak saudara . Anak-anak zaman sekarang ini mungkin ramai yang tidak mengenali sepupu, mak saudara, ibu saudara , datuk saudara mahupun nenek saudara sekiranya kita sebagai ibu bapa tidak rajin pulang ke kampung dan  menziarahi keluarga terdekat. Sambil berziarah dapat juga mengeratkan silaturrahim dan menikmati keindahan kampung.

 


          Bagaimana ingin mengisi masa terluang sempena cuti sekolah ini. Pelajar bolehlah membantu ibu bapa di rumah seperti membasuh pinggan mangkuk, menyapu sampah, menjaga adik, menyiram pokok bunga dan lain-lain.Pertolongan yang pelajar lakukan mestilah ikhlas bukan kerana terpaksa dan melakukannya dengan muka yang masam mencuka.Ibu bapa tentu berasa gembira kerana pelajar rajin membantu mereka di rumah.

         Ada sekolah yang mengadakan kelas tambahan bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 2014 juga kelas tambahan bagi murid-murid yang belum menguasai literasi dan numerasi. Tahniah kepada semua guru-guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk tujuan tersebut. Semoga usaha murni ini akan berterusan dan menjana kecemerlangan akademik dan sekaligus murid-murid telah mengisi masa lapang dengan menghadiri kelas tambahan dan melakukan aktiviti yang berfaedah. Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun hadapan, manafaatkanlah waktu cuti sekolah ini dengan mengulangkaji pelajaran. Buatlah jadual waktu belajar supaya selain mengulangkaji pelajaran, pelajar juga ada masa untuk membantu ibu bapa di rumah.


    
 Selain itu mungkin ada juga ibu bapa yang menghantar anak menghadiri program motivasi dan berbentuk kerohanian. Pada pendapat saya , ada penganjur yang mengenakan bayaran yang agak mahal untuk sesuatu program tetapi sebagai ibu bapa mungkin mereka berasa agak berbaloi dengan input yang didapati yang diharap akan dapat mengubah pelajar menjadi lebih berhemah , berketerampilan dan menjadi anak dan insan yang kamil. Insyallah.

       Tentu ramai pelajar yang telah khatam Al-Quraan. Ingin saya mencadangkan supaya pelajar membaca Quraan bersama ahli keluarga yang lain. Ibu bapa dan ahli keluarga saling memperbetulkan bacaan Quraan dengan tajwid dan taranum yang betul. Abang atau kakak boleh mengajar adik-adik. Selain mendekati, mendalami bacaan quraan tentu juga akan dapat mengeratkan silaturrahim seisi keluarga.

 

                                                     Membaca al-Quraan bersama keluarga

         Ada kalangan ibu bapa yang bercadang membawa keluarga melancong samada dalam atau luar negara.Apabila menyenaraikan tempat yang ingin dilawati jangan lupa pada tempat menarik di negara kita Malaysia. Bumi bertuah ini mempunyai keunikan yang jarang-jarang didapati di negara lain. Pantainya yang cantik, bentuk muka buminya yang menarik untuk melakukan pelbagai aktiviti, makanannya yang pelbagai variasi dan enak juga rakyat Malaysia yang terkenal dengan budaya, ramah dan bersopan santun. Bertuahlah kepada anak-anak yang berpeluang melancong bersama keluarga. Tetapi bagaimana dengan pelajar yang tidak berpeluang kerana ketidakmampuan ibu bapa. Jangan bersedih hati, tanamkan semangat yang kuat untuk belajar, berjaya dan menjawat jawatan yang tinggi pada suatu hari nanti. Selepas itu bolehlah pelajar melancong  ke tempat-tempat yang menjadi idaman tetapi jangan lupa untuk  membawa bersama ibu bapa.


 
Bukit Fraser Pahang


          Waktu cuti sekolah ini juga, sekolah memandu tentu menjadi tumpuan pelajar yang ingin mendapatkan lesen memandu. Belajar memandu kereta atau menunggang motosikal, yang penting ibu bapa dan pelajar telah ada kesedaran untuk memiliki lesen memandu . Walaupun harganya agak mahal, namun ibu bapa rela berkorban demi anak-anak dan tidak akan membiarkan pelajar melanggar peraturan jalan raya kerana memandu tanpa lesen.









          Ramai juga dalam kalangan pelajar yang minat membaca. Saya mencadangkan manafaatkan masa cuti sekolah ini dengan membaca bahan bacaan yang menjadi kegemaran. Ibu  bapa bolehlah membawa anak-anak mengunjungi kedai buku berhampiran untuk mendapatkan bahan bacaan. Samada bahan bacaan berbentuk ilmiah atau hiburan, yang penting biarkan bahan bacaan itu bersifat informasi.Membaca sambil bersantai bersama keluarga tentu akan dapat mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

         Selain mendapatkan buku di kedai buku, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mengunjungi perpustakaan awam negeri atau perpustakaan yang dibina  di setiap komuniti. Pastikan pelajar ke perpustakaan bersama keluarga atau bersama kawan-kawan untuk menjamin keselamatan pelajar.


 

Budaya membaca budaya kita
        

Rabu, 13 November 2013

Hari Kualiti 2013


Hari Kualiti SKDDH 2013 telah diadakan pada 7 November 2013 bermula jam 2.00 petang. Program diadakan bertujuan mengiktiraf murid-murid yang cemerlang dalam akademik, ko kurikulum juga sahsiah.


 Tokoh murid lelaki dan perempuan tahun 2013


Peminjam buku terbanyak Tahap 1

Murid PRS beratur untuk menerima hadiah

Terima kasih cikgu

 Persembahan nasyid

 Sebahagian warga kerja skddh

 Peminjam buku terbanyak tahap 2


Peminjam buku terbanyak kategori guru

Sabtu, 2 November 2013

Karnival Jualan Tahun 6 sesi 2013

Jawatankuasa program selepas UPSR merancang pelbagai aktiviti untuk murid Tahun 6 . Selain program berbentuk akademik, sahsiah, kerohanian diadakan juga aktiviti karnival jualan bertujuan melatih murid untuk menjadi seorang usahawan berjaya pada suatu hari nanti. Murid dilatih membuat perbelanjaan, modal, barangan yang ingin dijual dan juga mengira untung dan rugi. Harapan kami program ini akan menyuntik semangat keusahawanan dalam diri setiap murid dan warga skddh.






Sambutan Hari Kanak-Kanak 2013

Pada setiap tahun SK Dato Demang Hussin akan menyambut hari kanak-kanak. Tahun ini , hari bersejarah kanak-kanak ini telah diraikan pada 1 November 2013 bertempat di Balai Datuk Seri Ali Rustam. Antara objektif utama majlis ini ialah untuk merai kanak-kanak sebagai permata dan aset berharga kepada ibu bapa, sekolah, agama dan negara di masa depan.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas, ucapan perasmian Guru Besar, penyampaian sijil penghargaan kepada calon tunas kanak-kanak Tahap 1 dan calon Tokoh kanak-kanak Tahap 2.Kemuncak sambutan ialah anugerah tunas dan tokoh kanak-kanak Tahun 2013. Dengan tema  "Menjana Karisma Kanak-Kanak" diharapkan semua murid skddh dapat menyuntik jati diri dan semangat untuk menjadi lebih berjaya di masa depan dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Insyallah.

'MENJANA KARISMA KANAK-KANAK'

 


 selamat menyambut hari kanak-kanak

 calon tunas kanak-kanak tahap 1

 Tunas dan tokoh kanak-kanak 2013

 Tokoh kanak-kanak lelaki 2013

 Tokoh kanak-kanak perempuan 2013

sebahagian murid skddh