Khamis, 10 April 2014

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 2014

Minggu PPDa Peringkat Sekolah tahun 2014 telah diadakan pada 17 Mac - 20 Mac 2014. Objektif utama minggu ppda ialah untuk mendedahkan kepada semua warga sekolah aktiviti ppda disamping menyuntik kesedaran tentang penyalahgunaan dadah dan merokok.

Majlid dimulakan dengan bacaan ikrar ppda diketua oleh Fakhira Ghazali dan perasmian oleh Pn Hjh Hasmah Hj Hitam. GPK Hem telah membacakan perutusan ppda dan diakhiri dengan nyanyian lagu dadah durjana  ooleh semua murid dan guru.

Pada jam 8.35 pula diadakan ceramah yang disampaikan oleh pegawai dari Agensi Anti Dadah Negeri Melaka dan pameran sehingga jam 12.35 tengah hari. Antara aktiviti yang dirancang dan telah dijalankan ialah soal selidik merokok, pertandingan mewarna tahap 1 dan pertandingan mengarang esei tahap 2.

 Sebahagian murid membaca ikrar PPDa

 Murid menyaksikan pameran dari AADk

 Pegawai dari AADk sedang menyampaikan ceramah

 Sebahagian murid mendengar ceramah PPDa

 Perasmian minggu ppda oleh Pn Hjh Hasmah Hj Hitam

 GPK HEM En Husin Abu Noh membacakan perutusan hari PPDa

Bacaan ikrar diketuai oleh Fakhira Fhazali, Ketua PRS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan