Jumaat, 23 Ogos 2013

Soal selidik Gaya Belajar



SK DATO’ DEMANG HUSSIN, BUKIT KATIL, 75450 MELAKA
SOAL SELIDIK GAYA BELAJAR

NAMA              : -----------------------------------------
TAHUN              : -----------------------------------------

Arahan :Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Bulatkan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berdasarkan skala berikut:
1                    - Sangat tidak setuju
2                    Tidak setuju
3                    Tidak pasti
4                    Setuju
5                    Sangat setuju

No
Perkara
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Tidak pasti
Setuju
Sangat setuju
1
2
3
4
5

1
Apabila guru memberikan arahan, saya dapat memahami dengan baik
1
2
3
4
5
2
Saya gemar belajar dengan cara melakukan sesuatu di kelas
1
2
3
4
5
3
Saya dapat menyiapkan lebih banyak tugasan, jika saya melakukannya dengan murid lain
1
2
3
4
5
4
Lebih banyak dapat saya belajari jika belajar dalam kumpulan
1
2
3
4
5
5
Di kelas, saya belajar dengan lebih baik apabila bekerjasama dengan murid lain
1
2
3
4
5
6
Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca apa yang ditulis oleh guru di papan hitam
1
2
3
4
5
7
Saya belajar dengan lebih baik sekiranya seseorang memberitahu saya bagaimana melakukan sesuatu
1
2
3
4
5
8.
Jika saya melakukan sesuatu di kelas, saya belajar dengan lebih baik
1
2
3
4
5
9.
Saya mudah mengingati perkara yang saya dengar berbanding apa yang saya baca
1
2
3
4
5
10
Jika saya membaca arahan/panduan, saya mengingatnya dengan lebih baik
1
2
3
4
5

11
Lebih banyak dapat saya pelajari  dengan membuat model bagi sesuatu perkara
1
2
3
4
5
12
Saya lebih memahami sesuatu dengan membaca arahan/panduan
1
2
3
4
5
13
Saya lebih mengingati sesuatu dengan belajar bersendirian
1
2
3
4
5
14
Lebih banyak yang saya pelajari dengan melakukan sesuatu bagi projek kelas
1
2
3
4
5
15
Saya berasa seronok melakukan eksperimen di kelas
1
2
3
4
5
16
Saya belajar dengan lebih baik dengan membuat lukisan semasa mempelajari sesuatu
1
2
3
4
5
17
Saya belajar dengan lebih baik sekiranya guru memberikan penerangan
1
2
3
4
5
18
Jika saya belajar bersendirian, saya dapat belajar dengan lebih baik
1
2
3
4
5
19
Saya lebih memahami sesuatu perkara sekiranya saya mengambil bahagian
1
2
3
4
5
20
Saya belajar dengan lebih baik sekiranya saya mendengar sesuatu perkara
1
2
3
4
5

            21
Saya gemar membuat tugasan bersama dua atau tiga rakan yang lain
1
2
3
4
5
22
Jika saya melakukan sesuatu, saya lebih mudah mengingati apa yang saya pelajari dengan lebih baik
1
2
3
4
5
23
Saya gemar belajar dengan seseorang
1
2
3
4
5
24
Saya belajar lebih baik dengan membaca daripada mendengar sesuatu
1
2
3
4
5
25
Saya seronok melakukan sesuatu untuk projek kelas
1
2
3
4
5
26
Saya belajar dengan lebih baik di kelas dengan mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan
1
2
3
4
5
27
 Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya bersendirian
1
2
3
4
5
28
Saya gemar melakukan sesuatu projek secara bersendirian
1
2
3
4
5
29
Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca buku teks daripada mendengar penerangan guru
1
2
3
4
5
30
Saya suka bekerja bersendirian
1
2
3
4
5
(Diubahsuai daripada Joy Reid, 1984)


A.Skor markah:
Sila pindahkan skor markah di dalam ruang kosong yang disediakan di bawah
VISUAL

KECEKAPAN TANGAN

AUDITORI
Soalan
Skor
Soalan
Skor
Soalan
Skor
6

11

1

10

14

7

12

16

9

24

22

17

29

25

20

Jumlah =
Jumlah =
Jumlah =
Skor: Jumlah x2
Skor:Jumlah x2
Skor:Jumlah x2


BERKUMPULAN

KINESTETIK

BERSENDIRIAN
Soalan
Skor
Soalan
Skor
Soalan
Skor
3

2

13

4

8

18

5

16

27

21

15

28

23

19

30

Jumlah =
Jumlah =
Jumlah =
Skor: Jumlah x2
Skor:Jumlah x2
Skor:Jumlah x2

SKOR:
Gaya pembelajaran utama
38 - 50

Gaya pembelajaran kedua
25 - 37

Gaya pembelajaran yang tidak penting
0 - 24







PENERANGAN TENTANG GAYA PEMBELAJARAN UTAMA
GAYA PEMBELAJARAN
PENERANGAN

VISUAL
Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat  perkataan dalam buku dan papan tulis, tidak memerlukan penerangan lisan yang banyak, dapat belajar bersendirian dengan membaca buku dan perlu mencatat penerangan atau arahan lisan yang disampaikan sekiranya ingin mengingati sesuatu maklumat.

AUDITORI

Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan , dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan mengerak-gerakkan bibir ketika membaca, serta mendapat manafaat daripada mendengar pita audio, syarahan dan perbincangan kelas

KINESTETIK

Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman, dan terlibat secara aktif dalam aktiviti lawatan, dan main peranan(ambil bahagian). Kombinasi rangsangan  seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar memahami perkara baru.

KECEKAPAN TANGAN

Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat latihan amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di makmal, membina model dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru.

BERKUMPULAN

Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranya berteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain, dan stimulasi daripada rakan membantu anda memahami perkara baru.

BERSENDIRIAN

Pelajar belajar, berfikir serta memahami dan mengingat maklumat baru dengan lebih baik apabila bekerja atau melakukan  sesuatu bersendirian.

Unit Kaunseling
SKDDH 2013

Isnin, 19 Ogos 2013

Program Muhasabah Diri

Sebagai langkah menyuntik motivasi belajar maka Program Muhasabah Diri telah diadakan pada  19 Ogos (Isnin) jam 11.05 pagi. Program yang diadakan di Dataran Dato Ali itu telah dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama  Encik Rahmat dari Powerdiri Management . Harapan kami program ini akan dapat memberi manafaat kepada semua murid Tahun 6.

 Sebahagian murid lelaki yang terlibat dengan program muhasabah diri

 Murid perempuan gembira melakukan aktiviti menaktif otak kanan dan kiri

 Gembira melakukan aktiviti yang dijalankan

 Encik Rahmat dari Powerdiri Management

 Mudah-mudahan air mata keinsafan membawa kejayaan

 Maafkan kami ayah dan ibu

Saya berjanji dengan ayah dan ibu untuk belajar bersungguh-sungguh

Jumaat, 16 Ogos 2013

Minggu Eksplorasi Kerjaya (lawatan Akademi Penerbangan Batu Berendam)



Bakal juruterbang di masa akan datang...

Sebahagian pelatih akademi penerbangan yang berkongsi pengalaman

Tekun mendengar taklimat sebelum bermulanya sesi lawatan

 
 Bakal juruterbang dari SKDDH
Sebahagian murid Tahun 6 yang terlibat dengan program kerjaya

Terima kasih kepada wakil Akademi Penerbangan

Ahad, 4 Ogos 2013

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Hijrah Diri Tahun 6 2013

Program Kecemerlangan Tahun 6 , Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Hijrah Diri khusus untuk murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. 

Syukur majlis ini disertai oleh ramai ibu bapa yang juga mengharapkan anak-anak mereka akan berjaya dalam peperiksaan UPSR kelak. Majlis dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Zakaria Mohamad, diikuti dengan bacaan Yaasin, solat Hajat dan Hijrah Diri. 

Dalam ucapannya Guru Besar, Pn Hjh Hasmah Hj Hitam , amat mengharapkan kerjasama dari semua ibu bapa supaya anak-anak ini dapat fokus dan mencipta kejayaan. Tanpa sokongan padu dari guru-guru dan ibu bapa pasti apa yang dirancang tidak akan membuahkan kejayaan. Beliau meminta supaya ibu bapa sentiasa memaafkan anak-anak dan medoakan kejayaan anak-anak.

Selepas solat hajat, murid-murid tahun 6 dimandikan (sebagai simbolik atau metofora) dengan air Manzil yang telah disediakan lebih awal. Tujuan supaya anak-anak ini akan berhijrah kepada akhlak yang lebih baik dan lebih fokus kepada matlamat mereka untuk berjaya di dunia juga akhirat. Insyallah... Marilah sama-sama kita mendoakan anak-anak ini supaya mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Insyallah....
Ustaz Zakaria Mohamad sedang memberikan taklimat 

Sebahagian ibu-ibu yang dapat menghadirkan diri

Ibu-ibu tekun mendengar taklimat yang disampaikan

Sebahagian murid Tahun 6 bersedia untuk bacaan Yaasin

Unit Bimbingan dan Kaunseling berkolaborasi dengan
 Panitia Pendidikan Islam

Bapa juga tidak ketinggalam mengambil bahagian

Bersedia untuk membaca ayat-ayat manzil

Program turut disertai oleh Guru Tahun 6

Guru mengharapkan yang terbaik untuk anak didik

Kusyuk membaca ayat-ayat manzil

Majlis turut disertai oleh GPK Kurikulum

Jumaat, 2 Ogos 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAAN

   MAJLIS KHATAM AL-QURAAN SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 2013

Majlis khatam al-quraan anjuran Panitia Agama Islam telah diadakan pada 1 Ogos 2013 jam 8.00 pagi bertempat di Anjung Bestari.



Sebahagian murid yang terlibat dengan program khatam Quraan

Sebahagian guru yang terlibat dengan majlis khatam Quraan

Skrin disediakan untuk memudahkan murid lain mengikuti majlis khatam Quraan

Nur Aina Azhar, bukan sahaja berbakat dalam pidato
tetapi juga membaca Al-Quraan

Murid perempuan tekun mendengar alunan merdu
bacaan Ayat suci Al-Quran

Sebahagian murid lelaki yang juga tekun mendengar alunan bacaan Quraan
dari murid yang terlibat


Ahad, 28 Julai 2013

PERCUBAAN UPSR SKDDH 2013

PERCUBAAN UPSR SK DATO' DEMANG HUSSIN

Seramai 156 orang calon UPSR SK Dato' Demang Hussin tahun 2013 telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR pada 23 - 25 Julai 2013. Sebelum calon memasuki dewan peperiksaan telah diadakan majlis bacaan Yaasin sempena bulan keberkataan Ramadan Almubarak diikuti dengan ucapan perangsang dari Guru Besar dan taklimat peperiksaan oleh setiausaha peperiksaan Pn Surayahani Yaacob. Selamat maju jaya dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, dan seluruh warga SKDDH. 

"DI MANA ADA USAHA, DI SITU ADA KEJAYAAN"

 Ahmad Hafiy, ketua pengawas mengetuai bacaan yaasin

 Sebahagian murid Tahun 6 yang akan
 menduduki peperiksaan percubaan UPSR

 Murid Tahun 6 Aman

 senyum dan bertenang, terapi relaksasi

 Pn Surayahani Yaacob, memberikan taklimat kepada 
semua calon percubaan UPSR

Guru Besar sedang memberikan taklimat dan perangsang 
kepada semua calon UPSR

Program warga emas 2013

PROGRAM MENGHARGAI WARGA EMAS

Pada 22 Julai 2013 telah diadakan majlis pelancaran Hari Menghargai Warga Emas. Tujuan diadakan program tersebut adalah bagi menanam rasa cinta dan menghargai warga emas dalam kalangan warga SK Dato' Demang Hussin.  Program anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling juga Panitia Siviks dan Kewarganegaraan telah dirasmikan oleh Guru Besar Puan Hajah Hasmah Hj Hitam.
 Sebahagian murid SKDDH tekun  mendengar taklimat
yang disampaikan oleh penyelaras program

 Pn Hjh Rohayah Bakar, penyelaras program sedang
memberikan taklimat

 Sebahagian guru SKDDH terlibat dengan program Warga Emas

 Murid pra sekolah mendengar taklimat program Warga Emas

 Guru Besar bersama barisan GPK SKDDH

 Encik Husin Abu Noh GPK HEM sedang membacakan perutusan 
Hari Warga Emas

 Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hj Hitam merasmikan Program
Warga Emas Peringkat Sekolah Tahun 2013

Murid tahun 6 membuat persembahan deklamasi sajak dan berbalas pantun

 Warga emas, yang disayangi, yang dihormati


Guru Besar, Pn Hjh Hasmah Hj Hitam, menyampaikan kad ucapan kepada Pn Norhamdah
Mohd Ibrahim, sebagai gimik perasmian.