Khamis, 19 September 2013

Majlis Persaraan Puan Lee Siew Kim


Setelah berkhidmat selama 32 tahun dan 10 tahun di SKDDH maka hari ini 19 September 2013  Pn Lee Siew Kim telah menamatkan perkhidmatannya dalam bidang pendidikan.Sedih, sebak, terharu dan pelbagai perasaan saling bercampur baur menantikan saat Pn Lee melangkahkan kaki meninggalkan skddh. Kami warga skddh sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Pn Lee. Terima kasih di atas pengorbanan mendidik anak didik skddh. Semoga murid tahun 6 mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR.

Gambar terakhir di bilik guru

Ucapan terakhir penuh emosi

Hanisah membaca sajak dalam Bahasa Inggeris

Pn Norhamdah, berbakat membaca poem

Guru dan murid berkolaborasi menyanyikan lagu Good Bye

Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih

Pn Hasni Karim membaca biodata

Mantan Guru Besar meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis persaraan Pn Lee

Banyak kenangan manis setelah bersama selama 10 tahun

Guru BI sempat posing

Kenangan manis

Pasukan kompang SKDDH

Sedih, bersalaman dengan murid skddh

Bergambar di pintu keluar skddh

Salam terakhir

Jumaat, 13 September 2013

Corat Coret Peperiksaan UPSR 2013

Peperiksaan UPSR bermula lagi. Keterujaan murid-murid Tahun 6 SKDDH untuk menduduki  UPSR terpancar diwajah. Inilah masa untuk membuktikan penat lelah belajar selama 6 tahun di sekolah rendah. Ayah ibu, guru-guru, doakan kami...





Isnin, 9 September 2013

Majlis Bacaan Yasin UPSR Tahun 2013

Majlis bacaan Yasin sempena UPSR telah diadakan pada 5 September 2013 bermula jam 6.30 petang. Program dimulakan dengan kehadiran dan pendaftaran murid-murid Tahun 6 juga ibu bapa masing-masing. Selepas solat Maghrib diadakan pula bacaan yasin, solat Isyak dan diakhiri dengan solat hajat. Majlis anjuran Panitia Agama Islam ini telah mendapat sambutan dalam kalangan ibu bapa.Semoga usaha murni berterusan akan membantu murid-murid menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan tenang dan lancar, seterusnya meraih kecemerlangan dalam UPSR 2013. Insyallah.


Majlis Mohon Restu UPSR 2013


           Majlis Restu Ilmu Ibu Bapa dan Guru serta bimbingan dan motivasi mampu memberi kekuatan kepada murid-murid untuk menghadapi peperiksaan disamping sokongan berterusan dari pihak sekolah. Majlis Mohon Restu UPSR 2013 telah diadakan pada 9 September 2013 bersamaan Hari Isnin pada jam 8.00 pagi. 

          Program ini diadakan bertujuan memohon keberkatan untuk calon-calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan. Disamping itu juga ia bertujuan menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri tentang peranan dan tanggungjawab sebagai murid, membina hubungan erat dalam kalangan guru dan murid.Mudah-mudahan progam yang diadakan ini akan memberi banyak manafaat kepada semua warga SKDDH.

         Selain bersalaman dan bermaaf-maafan , murid juga dibekalkan dengan alatan menulis dan penanda buku sumbangan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Bermaafan dan mohon restu guru-guru

 Pn Haliza Hasan mewakili guru-guru Tahun 6

 En Mohd Bakri Che Amin mewakili guru bimbingan memberikan motivasi
dan kata-kata semangat kepada murid Tahun 6

 Sebahagian guru-guru SKDDH

Hanisah Mohd Rayzal mewakili murid-murid Tahun 6 
 
 Guru besar menyampaikan alatan menulis dan penanda buku









Persiapan menghadapi UPSR



 UPSR.... OH  UPSR.........

10 September 2013(Selasa)
B.Melayu Pemahaman/ B. Melayu Penulisan/ Matematik 2

11 September 2013 (Rabu) 
Matematik 1

12 September 2013 (Khamis)
Sains / English 1/ English 2/ Ujian Aptitud

Esok  peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR akan menjelang tiba. Tentu pelajar-pelajar terlibat akan rasa berdebar-debar. Selain kelas tambahan yang diadakan di sekolah atau mengikuti kelas tuisyen, murid-murid juga perlulah mengulangkaji secara berterusan samada secara berkumpulan atau individu. Perbincangan yang diadakan bersama rakan-rakan akan mencambah pemikiran dan menambah pengetahuan.

            Murid-murid juga perlulah menjaga kesihatan diri dengan melakukan riadah yang minima, makan makanan seimbang, tidur yang mencukupi dan menjaga emosi. Jangan sekali-kali terlibat dengan aktiviti yang boleh menganggu emosi seperti bergaduh, dimarahi oleh guru atau ibu bapa.
           
                Sebagai seorang Muslim, adalah sangat penting untuk murid-murid sentiasa menjaga solat dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan ketenangan hati dan dipermudahkan sewaktu menjawab soalan peperiksaan. Untuk berjaya, murid-murid mesti yakin pada diri sendiri. Sentiasalah memberi semangat dan galakan untuk diri sendiri seperti "Aku Boleh" Aku Pasti Boleh" "Insyallah aku boleh lakukan yang terbaik untuk diriku, ibu bapaku, guru-guruku dan sekolahku yang ku sayangi".

            Sehari sebelum peperiksaan, murid-murid mestilah berupaya mengawal emosi. Teruskan mengulangkaji pelajaran dengan membaca nota-nota ringkas. Semak jadual peperiksaan dan pastikan tarikh dan masa peperiksaan telah dikenalpasti. Alatan menulis seperti pensil dan pemadam telah lengkap termasuk surat beranak atau kad pengenalan. Lakukan solat hajat atau membaca yasin supaya dikurniakan ketenangan sewaktu menjawab soalan peperiksaan disamping mohon restu dari ibu bapa. Walaupun bimbang atau risau dengan peperiksaan berkenaan, murid-murid mestilah tidur awal kerana tidur yang mencukupi akan membantu kita untuk bangun awal pagi dan dapat berfikir dengan waras.Tidur yang mencukupi akan membuatkan kehidupan seharian kita akan berjalan lancar.

            Hari peperiksaan adalah hari yang sangat penting. Pastikan murid-murid bangun awal pagi. Lakukan solat dan jangan lupa berdoa. Sebelum ke sekolah murid-murid mestilah mengambil sarapan pagi dan mohonlah restu dari kedua ibu bapa. Murid tidak akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan selesa sekiranya perut kosong. Teruskan berdoa sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan.Mulakan dengan langkah kanan. Jangan berbincang tentang pelajaran sebelum masuk ke dewan peperiksaan kerana waktu ini adalah waktu yang tidak sesuai. Sentiasalah tersenyum kerana senyuman akan dapat membantu  mengurangkan rasa gementar.

            Di dalam dewan peperiksaan, murid-murid bolehlah terus berdoa disamping mendengar arahan dari ketua pengawas peperiksaan. Murid-murid adalah digalakkan membaca semua soalah sepintas lalu dan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu. Sentiasalah semak baki masa yang ada. Sekiranya murid telah selesai menjawab, jangan lupa semak jawapan. Pastikan jawapan yang diberi itu adalah betul dan tepat. Sekiranya murid rasa tertekan, banyakkan beristighfar dan melakukan relaksasi dengan cara tarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas melalui mulut. Lakukan berulang kali sehingga murid-murid rasa tenang. Sekiranya rasa tertekan itu berterusan, muird-murid bolehlah meminta bantuan dari ketua pengawas peperiksaan.

            Setelah selesai peperiksaan, murid tidak digalakkan berbincang tentang jawapan. Terus pulang ke rumah dan berehat. . Murid-murid boleh meneruskan mengulangkaji pelajaran dan berdoa. Lakukan solat hajat dan bertawakallah kepada Allah semoga  murid-murid diberikan kemudahan sewaktu menjawab soalan peperiksaan.

            Cikgu sentiasa mendoakan murid-murid SK Dato' Demang Hussin akan dapat melakukan yang terbaik. Insyallah. Jika niat kita ikhlas, sabar, sentiasa berdoa dan sentiasa mendapat redha dari Allah, ibu bapa, guru-guru dan sentiasa mengembirakan kawan-kawan , insyallah.

 Selesai menduduki peperiksaan UPSR, murid-murid akan menduduki Ujian Aptitud. Murid juga mestilah berusaha untuk menjawab secara bersungguh-sungguh. Jangan anggap Ujian Aptitud tidak penting. Keputusan ujian tersebut akan membantu murid untuk melayakkan ke Sekolah Berasrama Penuh. Oleh itu buatlah yang terbaik juga untuk Ujian Aptitud.!!!!!





DO YOUR BEST! TRY YOUR BEST!

Jumaat, 23 Ogos 2013

Program Rekreasi Minda UPSR 2013

Program rekreasi minda adalah aktiviti tahunan SK Dato' Demang Hussin bertujuan memotivasikan murid-murid tahun 6 disamping mengurangkan stres dan menanam sikap yakin boleh. Aktiviti rekreasi minda telah diadakan pada 22 Ogos 2013 (Khamis) bermula jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang di Hot Spring Bemban Melaka. Antara pengisiannya ialah motivasi, nyanyian lagu  motivasi, sukaneka dan mandi manda.


Mengaminkan doa sebelum memulakan aktiviti

Ustaz Hazeriza mengetuai bacaan doa

 Sebahagian murid yang mengambil bahagian

 Tonggak utama program rekreasi minda


En Mohd Bakri memberikan taklimat

 aktiviti botol bocor

sebahagian murid bersama guru Tahun 6

 murid perempuan bersedia untuk program botol bocor

 Meniup bola dengan penyedut minuman

 Selesai berendam dalam kolam air panas

 berseronok mandi air panas

 Seronok

 Guru menjamu selesa



Aktiviti baling belon

Guru tunjuk cara