Majlis sumbangan hari raya telah diadakan pada 21 Julai 2014. Seramai 29 orang anak yatim, 26 anak ibu tunggal dan 80 orang murid miskin terlibat dengan program tersebut. Tujuan program diadakan adalah bagi meringankan beban dan supaya murid terlibat dapat menikmati dan merayakan sambutan hari raya seperti rakan-rakan yang lain. Majlis telah disempurnakan oleh Yang berbahagia Datuk Yusof Jantan, YDP PIBG.
Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan warga sekolah yang telah menyumbang untuk program tersebut.
Isnin, 21 Julai 2014
Majlis Penyerahan Duit Raya murid Sekolah Rendah Parlimen Bukit Katil
Pada 18 Julai 2014 Jaksa Pendamai Parlimen Bukit Katil telah mengadakan Majlis Penyerahan Duit Raya bagi murid sekolah rendah Parlimen Bukit Katil. Majlis telah disempurnakan oleh Mantan Ahli Parlimen Bukit Katil Datuk Md Sirat Abu. Sebanyak 18 buah sekolah dalam Parlimen Bukit katil terlibat dengan program tersebut di mana setiap sekolah diwakili oleh 4 orang murid miskin.
Program Tahun 4 bersama JAIM
Pada 18 Julai 2014 unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program bersama jabatan Agama Islam Melaka. Semua murid Tahun 4 Aman, 4 Arif, 4 Amanah, 4 Afdal terlibat dengan program tersebut. Dalam ceramahnya ustaz Mohd Firdauz menyentuh tentang kelebihan Ramadhan Al-Mubarak dan tanggungjawab murid sebagai anak yang soleh dan solehah.
Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR 2014
Selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR kepada semua calon 2014. Jangan berhenti berusaha, berdoa dan ikhlaskan niat untuk berjaya.
"Usaha Pasti Jaya"
Sabtu, 12 Julai 2014
Program motivasi Tahun 6 bersama JAIM
11 Julai 2014 telah diadakan program motivasi Tahun 6 bersama Jabatan Agama Islam Melaka. Program dihadiri oleh 148 orang murid tahun 6 dan dikendalikan oleh Ustaz Mohd Firdauz dan rakan-rakan. Selain menyentuh tentang kelebihan ramadhan, murid juga didedahkan dengan sifat dan nilai terpuji yang harus diamalkan dalam kehidupan seharian. Kami merakan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak JAIM. Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR kepada semua calon UPSR 2014.
Program penghayatan Ramadhan Tahun 5 bersama JAIM
Sempena bulan Ramadhan Almubarak, Jabatan Agama Islam Melaka dengan kerjasama Unit Kaunseling SKDDH telah menyusun beberapa aktiviti program sahsiah dan motivasi. Pada 4 Julai 2014 (Jumaat) telah diadakan program tersebut bersama murid-murid Tahun 5.
Sabtu, 5 Julai 2014
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga sepanjang Ramadhan ini kita semua sentiasa tabah, berlapang dada, dipermudahkan untuk menjalani kewajipan sebagai umat Islam. Walaupun kita seorang pelajar, jangan jadikan alasan keletihan berpuasa untuk tidak mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan semua kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jangan lupa di rumah, ringankanlah tangan untuk membantu kedua ibu bapa melakukan tugasan di rumah.Ibu bapa juga berpuasa, jadi apa kata kita tambah pahala dengan membantu mereka. Membantu ibu menyiapkan jaudah berbuka puasa dan juadah untuk bersahur pasti menyeronokkan. Pengalaman yang tidak akan kita dapati sekiranya kita tidak melakukannya.
Untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, peperiksaan T3, SPM, STPM, ambillah peluang keberkatan ramadhan untuk mengulangkaji pelajaran. Selepas bersahur, saya sarankan pelajar tidak terus menyambung tidur tetapi membaca buku, mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan kerja ruamh yang dibekalkan oleh guru.
Selamat berpuasa,
selamat mengulangkaji pelajaran
dan
hayatilah kenikmatan berpuasa di bulan Ramadhan.
Langgan:
Catatan (Atom)


































