Sabtu, 29 Jun 2013

PERJUMPAAN GURU DAN IBU BAPA TAHUN 6 KALI KE-2 SESI 2013

Majlis perjumpaan guru  dan ibu bapa tahun 6 kali ke-2 sesi 2013 telah diadakan pada 27 Jun 2013 (Khamis)  bertempat Balai Dato' Ali SKDDH bermula jam 10.00 pagi. antara objektif perjumpaan ini diadakan adalah bagi membincangkan pencapaian murid Tahun 6 dalam PKSR 1 dan saling bertukar pandangan bagi memastikan kecemerlangan dalam UPSR 2013. . Pn Hajah Hamidah (GPK 1) telah merasmikan majlis tersebut. 


 Sebahagian murid tekun mendengar ucapan GPK 1


 Hajah Hamidah Mohd Yatim mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa 
yang dapat menghadirkan diri dalam majlis perjumpaan guru dan ibu bapa Tahun 6

 Aizat Nor Sani mengetuai bacaan ikrar UPSR


 Murid Tahun 6 berikrar akan belajar bersungguh-sungguh


 Pn Nurzurini Sharif Setiausaha peperiksaan UPSR menyampaikan taklimat
berkaitan pencapaian murid dalam

 Hanisah Mohd Rayzal mendapat  5A dalam PKSR 1


 Sebahagian guru Tahun 6 yang hadir sama 
dalam perjumpaan guru dan ibu bapa tahun 6


Sebahagian ibu bapa yang hadir dalam perjumpaan 
guru dan ibu bapa Tahun 6

Soalan kuiz anti dadah



SK DATO DEMANG HUSSIN BUKIT KATIL, MELAKA

KUIZ TERBUKA SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN ANTI ROKOK

1. Antara bahan berikut yang manakah bukan dadah ?
   a. Heroin                             b. Kanabis
   c. Protein                             d. Ganja

2.Keadaan fizikal penagih dadah biasanya …..
  a. kuat                                               b. gemuk
  c. lemah                                              d. gagah

3. Penyakit berbahaya berpunca dari penagihan dadah.
    a. denggi                             b. taun
    c. malaria                            d. AIDS

4.Sebutkan 1  undang-undang atau akta dadah  yang kamu tahu.
a)     ……………………………………………………………………..........................................


5. Tuliskan bahan beracun yang terdapat di dalam rumah anda
    a)……………………………………………            b)………………………………………………..
    c)……………………………………………            d)………………………………………………..

6. Mengapa pengambilan dadah boleh menjejaskan ekonomi Negara ?
a) ……………………………………………………………………………………………………………………………………
    …………………………………………………………………………………………………………………………………….
b) ……………………………………………………………………………………………………………………………………
    ……………………………………………………………………………………………………………………………………

7.Bagaimana untuk menghindar diri dari terjebak dengan aktiviti menghisap rokok ?
a) ……………………………………………………………………………………………………………………………………
b)……………………………………………………………………………………………………………………………………
c)……………………………………………………………………………………………………………………………………

RB/B&K

Ikrar Anti Dadah

Ikrar Anti Dadah


BAHAWASANYA
KAMI RAKYAT MALAYSIA
BERIKRAR
UNTUK MENJAUHI DIRI
DARI ROKOK DAN DADAH
PADA SETIAP MASA DENGAN:-

·       MEMENUHI MASA LAPANG DENGAN KERJA-KERJA YANG BERFAEDAH


·       MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI-AKTIVITI YANG BERGUNA DAN BERFUNGSI KEPADA MASYARAKAT



·       MENJADI RAKYAT BERILMU, BERAKHLAK MULIA DAN MENGAMAL CARA HIDUP SIHAT DAN CERGAS



·       MENYEDIAKAN DIRI UNTUK MENGISI KEPERLUAN WAWASAN



DAN



·       MEMBANTU SEGALA USAHA BAGI MEMBEBASKAN NEGARA MALAYSIA DARI ANCAMAN DADAH



 



Nama             :



Kelas              :



Tandatangan
:

Jumaat, 28 Jun 2013

Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah dan Anti Rokok 2013

Pada 25 Jun 2013 telah diadakan program minggu pendidikan pencegahan dadah dan anti rokok peringkat sekolah tahun 2013. Program sepatutnya diadakan pada 24/6/13 tetapi sekolah ditutup kerana jerubu.Program telah dapat dijalankan seperti yang telah dirancang. Antara pengisian program ialah bacaan perutusan hari anti dadah peringkat kebangsaan oleh GPK HEM, Encik Husin Abu Noh, bacaan ikrar murid diketuai oleh Megat Mohd Haziq, taklimat tentang akta dadah dan diakhiri dengan nyanyian lagu dadah durjana. Pameran dari agensi dadah tidak dapat dijalankan kerana telah berubah tarikh.



                                                     

Megat Mohd Haziq mengetuai bacaan ikrar anti dadah dan rokok



Sebahagian murid membaca ikrar anti dadah dan rokok





Tema: Hindari Dadah Hidup Bahagia




Nyanyian lagu Dadah Durjana




Taklimat berkaitan akta dadah 





 Encik Husin Abu Noh membaca  perutusan hari anti dadah






 

Khamis, 9 Mei 2013

Kursus Asas PRS 2013


Tarikh   : 9 Mei 2013
Hari      : Khamis
Tempat : SKDDH

Kursus asas prs telah dapat dijalankan seperti tarikh dan masa yang telah diracang. Seramai 17 orang perintis prs terlibat dengan program tersebut. Program telah dikendalikan sepenuhnya oleh 2 orang guru bimbingan iaitu Pn Hjh Rohayah Bakar dan En Mohd Bakri Che Amin. Kursus sehari ini dipenuhi dengan aktiviti kemahiran komunikasi , asas prs, team building, kemahiran membuat keputusan dan pidato. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh GPK HEM Encik Husin Abu Noh.

 Sebahagian murid yang terlibat dengan kursus asas prs


 slot kemahiran komunikasi


 latihan asas sesama rakan sebagai klien


Persembahan kumpulan


 Latihan berpidato


Bergambar selepas tamat kursus asas prs

Sabtu, 4 Mei 2013

Majlis Pelantikan PRS sesi 2013

MAJLIS PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2013

LOGO PRS

Majlis pelantikan PRS telah diadakan pada  8hb April 2013. Seramai 17 orang perintis PRS telah dipilih. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar Puan Hajah Nor'aisah Muhammed bertempat di Tapak Perhimpunan SKDDH. Selamat maju jaya kepada semua PRS.


Guru Besar Pn Hjh Nor'aisah Muhammed menyampaikan
watikah pelantikan PRS kepada murid yang telah dipilih


 Pembimbing Rakan Sebaya tahun 2013 bergambar
bersama guru besar



Mohd Farhan Zulkifli mengetuai bacaan ikrar PRS


 Berikrar dan berjanji akan menjalankan tugas
seperti yang telah diamanahkan



 Bangga kerana telah dilantik sebagai PRS 2013



Sebahagian guru dan murid yang menyaksikan majlis 
pelantikan PRS sesi 2013