Khamis, 13 November 2014

Ceramah kerjaya: Aku seorang penulis

Program membaca 1Malaysia diadakan bertujuan memupuk minat membaca dalam kalangan warga skddh khususnya murid-murid. Justeru, telah diadakan pameran, jualan buku juga taklimat kerjaya : aku seorang penulis pada 5 November 2014 bertempat di Anjung Informasi. Program bermula jam 11.05 lagi. Ceramah disampaikan oleh abang Man Wan dari Blink Blink Publication. Abang Man Wan telah berkongsi pengalaman dan ilmu untuk menjadi seorang penulis buku samada genre kanak-kanak, fiksyen atau ilmiah. Semoga  suatu hari nanti akan lahir penulis yang berkaliber dari skddh. Insyallah.





Program membaca 1Malaysia

Program Membaca 1Malaysia telah diadakan pada 5 November 2014 bemula jam 7.35 pagi. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar Pn Hjh  Hasmah Hitam. Turut diadakan ialah wakaf buku juga pameran, jualan  dan kerjaya penulis dari Blink Blink Production.

En Abd Halim memberi taklimat tentang buku keluaran Blink Blink Production



Wakaf buku




Jawatankuasa program Membaca

Terima kasih En Abd Halim




Isnin, 3 November 2014

Majlis Reunion Pelajar Master Kaunseling 2010/12





Majlis Khatam Alquran Murid Tahun 6 2014

Pada 31 Oktober 2014 telah diadakan majlis khatam al-quran bagi murid tahun 6. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh En Husin Abu Noh GPK HEM  diikuti dengan khatam quraan dan majlis taklid murid tahun 6. Murid dan guru bertaklid untuk saling menghalalkan ilmu yang diberi dan berjanji untuk terus menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dengan penuh rasa tanggungjawab.

Terasa sebak .. sebagai seorang guru yang telah bersama-sama dengan anak didik ini hingga ke tahun 6, satu jangka masa yang sangat lama,  terasa seakan anak sendiri untuk menghantarnya ke suatu destinasi yang amat jauh. Untuk murid tahun 6 selamat menjalani kehidupan di sekolah menengah. Semoga ilmu yang telah didapati di bangku sekolah rendah dapat dimanafaatkan sebaiknya. Cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua murid skddh.

En Husin Abu Noh merasmikan majlis khatam Quraan

Sebahagian murid perempuan terlibat dengan program khatam quraan

Bersedia.. sebelum memulakan majlis


Akif Mulhim, diam-diam ubi.. berisi

Bacaan doa selepas selesai khatam

Penyampaian sijil dan bunga telur

Terima kasih cikgu

Terima kasih cikgu

Terima kasih cikgu




Mengetuai bacaan taklid tahun 6

Ahad, 2 November 2014

Program pengurusan jenazah perempuan

Panitia Agama Islam telah mengadakan program pengurusan jenazah perempuan sebagai salah satu dari aktiviti selepas UPSR 2014. Seramai 84 orang murid perempuan tahun 6, guru-guru serta kakitangan sekolah telah mengikuti program tersebut.
Antara matalamt program adalah mendedahkan kepada semua murid dan guru tentang cara-cara pengurusan jenazah yang betul. Tahniah kepada murid-murid yang sukarela menjadi 'model' dalam program tersebut.


Taklimat sebelum program dijjalankan

Tunjuk cara mandi jenazah




Membantu  mengambil wuduk untuk jenazah

Tunjuk cara mengkafan jenazah

Jawatankuasa program pengurusan jenazah perempuan

Panitia Agama Islam telah mengadakan program pengurusan jenazah perempuan sebagai salah satu dari aktiviti selepas UPSR 2014. Seramai 84 orang murid perempuan tahun 6, guru-guru serta kakitangan sekolah telah mengikuti program tersebut.
Antara matalamt program adalah mendedahkan kepada semua murid dan guru tentang cara-cara pengurusan jenazah yang betul. Tahniah kepada murid-murid yang sukarela menjadi 'model' dalam program tersebut.


Sabtu, 1 November 2014

Sambutan hari kanak-kanak 2014

Sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 31 Oktober 2014 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Majlis dimulakan dengan ucapan En Husin Abu Noh mewakili guru besar. Seterusnya menyampaikan anugerah kepada tunas kanak-kanak lelaki/perempuan (Tahap 1) dan tokoh kanak-kanak lelaki /perempuan (Tahap 2) Tahniah kepada semua warga kerja juga murid yang telah menerima anugerah.

Membaca biodata tokoh kanak-kanak

Calon tokoh kanak-kanak

Nama pun kanak-kanak, sempat makan gula-gula

calun tunas kanak-kanak

Bergambar bersama ibu bapa masing-masing


Program selangkah ke alam remaja

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama unit bimbingan dan kauseling telah mengadakan program selangkah ke alam remaja khusus untuk murid lelaki tahun 6 2014.Program telah diadakan pada hari Khamis 30 Oktober 2014 bertempat di Anjung Informasi.

Murid telah didedahkan perbezaan dan persamaan di alam sekolah rendah dan menengah, perkara -perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Cikgu sentiasa mendoakan semoga murid tahun 6 tabah dan bersedia menjalani kehidupan remaja di sekolah menengah.