Ahad, 22 Mac 2015

Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya PRS 2015

Pelantikan PRS telah diadakan pada 13 Februari 2015. Siapakah PRS ?



APA ITU  PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS):
Prs adalah seorang murid yang berkhidmat dan membantu murid lain terutama mereka yang memerlukan pertolongan dalam mengendalikan masalah. PRS akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain. Maklumat yang diberi akan dirahsiakan. PRS dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan perhubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.
PRS akan diselia dengan teliti oleh Guru Bimbingan dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah selain mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, PRS sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri.

RASIONAL

Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Ini adalah kerana hubungan di antara pelajar dengan pelajar lebih tidak formal dan dijangka lebihmemahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah saling memahami. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.


MATLAMAT

Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.





Sabtu, 31 Januari 2015

Majlis penutupan minggu Transisi Tahun 1 2015





Orientasi Tahun 4 2015

Program Orientasi Tahun 4 telah diadakan pada 19 Januari 2015 bermula jam 11.05 pagi. Tujuan program diadakan ialah untuk mendedahkan semua murid tahun 4 tentang mata pelajaran, aktiviti ko kurikulum, waktu rehat dan waktu balik yang berbeza dengan murid tahap 1. Murid tahun 4 perlu menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mendepani situasi tersebut. 





Hebahan PPDa 2015

Program Pendidikan Pencegahan Dadah adalah subunit di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan “Dadah Musuh Utama Negara”. Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

RASIONAL:
Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golonganremaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk terlibat.Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program PendidikanPencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.


MISI KPM :
Melahirkan murid bebas dadah melalui program ppda yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan kurikulum, kokurikulum  dan pembangunan sahsiah

OBJEKTIF:
· .Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepda murid, gurudan kakitangan sekolah supaya dapat megelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
· Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
· Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni
· Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar bandar dalam usahamencegah dadah

 



 






IKRAR ANTI DADAH:

Bahawasanya kami rakyat
Malaysia berikrar
untuk menjauhkan diri dari dadah pada
setiap masa dengan:
Memenuhi masa lapang dengan
kerja-kerja yang berfaedah;
Melibatkan diri dalam aktiviti aktiviti
yang berguna dan berfungsi
kepada masyarakat;
Menjadi rakyat berilmu,
berakhlak mulia dan mengamal
cara hidup sihat dan cergas;
Menyediakan diri untuk mengisi
keperluan wawasan, dan;
Membantu segala usaha bagi
membebaskan negara Malaysia
         dari ancaman dadah 


LAGU DADAH DURJANA

Dadah durjana
Kau penghancur bangsa
Kau musuh rakyat
Kau musuh negara

Kini kami teguh
Kini kami kuat
Dadah kami tempuh
Hancur dadah jaya rakyat

Korus
Kami anti dadah
Kami benci padamu
Sekutu kita perangi dadah
Mulia bangsa tanpamu
Mari semua, mari saudara
Jangan habiskan usia muda
Semangat bangsa bergelora
Tanpa dadah kita berjasa.
 

Majlis Pelantikan Pemimpin Muda skddh 2015

Majlis pelantikan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua darjah, pengawas siber dan pengawas 3K telah diadakan pada Hari Isnin 19 Januari 2015. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar Pn Hjh Hasmah Hitam . Seramai 208  murid terlibat dengan majlis pelantikan itu dengan temanya pemimpin hari ini adalah tunjang negara di masa depan.Antara objektif pelantikan ialah :



· Mengiktiraf pelajar yang dilantik supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawabdan membantu guru melaksanakan semua peraturan sekolah

· Memperkenalkan pelajar yang telah dilantik kepada semua guru dan murid-murid


· Memperkasa minda dan memotivasikan  pelajar yang dilantik supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih amanah dan bertanggungjawab.

· Membimbing murid-murid supaya lebih mematuhi semua peraturan sekolah.

Tahniah kepada semua murid yang telah dilantik dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. 


 






Pengawas Pusat Sumber


Ketua Darjah

Pengawas 3K

Pengawas Siber

Pengawas