Jumaat, 11 September 2015

Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Guru / Kakitangan sempena bulan Kemerdekaan 2015

Unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan pertandingan deklamasi sajak kategori guru dan kakitangan sempena kehadiran bulan kemerdekaan 2015. Program diadakan bertujuan memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan disamping menanam sikap cintakan negara melalui pembacaan puisi dan memberi peluang kepada guru dan kakitangan memperlihatkan bakat diri. Mungkin selama ini para guru tidak sedar bahawa mereka dikurniakan bakat semulajadi yang perlu diserlahkan melalui pembacaan puisi.

Pertandingan yang diadakan pada 28 Ogos 2015 bermula jam 8.00 pagi turut diserikan dengan kehadiran Encik Zulhijri Sabtu, Ketua Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Melaka. Sebanyak 14 pasangan telah mengambil bahagian dengan diadili oleh hakim jemputan En Kamarudin Bakar, beserta Pn Hjh Rohayah Bakar dan En Mohd Bakri Che Amin. Tahniah kepada peserta yang telah memenangi pertandingan tersebut. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan majlis tersebut. Terima kasih juga kepada semua murid-murid yang spoting dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada guru-guru mereka.

# Sehati Sejiwa













Ahad, 23 Ogos 2015

Program Permata Hati UPSR 2015

Program Permata Hati UPSR telah dirancang dan diadakan sebanyak 2 sesi. Sesi 1 pada 7 dan 8 Ogos 2015 dan sesi ke-2 pada 14dan 15 Ogos 2015. Program yang diadakan di D.Village Resort Ayer Keroh Melaka dihadiri seramai 135 orang murid Tahun 6.Tujuan program diadakan untuk menyuntik semangat dan murid lebih bermotivasi untuk menduduki peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tiba.

Selain aktiviti mengikut panitia, diadakan juga program motivasi, dan riadah di tasek Ayer Keroh yang dikendalikan oleh Persatuan Belia. Antara aktiviti yang diikuti oleh murid ialah berkayak, memanah, flying fox dan rock climbing. 

Sebahagian murid yang terlibat dengan program Permata hati UPSR 2015

Aktiviti rock climbing memupuk jati diri

Flying fox aktiviti yang disertai oleh murid

Aktiviti memanah membantu murid fokus dalam pelajaran


Bersiap untuk aktiviti flying fox



Perasmian penutup dan penyampaian sumbangan dari Yayasan  Melaka disempurnakan oleh Datuk Md Sirat Abu


Berkayak

Ahad, 26 Julai 2015

Program Persiapan Menghadapi UPSR 2015

Peperiksaan percubaan UPSR akan menjelang tiba. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mendedahkan kepada semua murid Tahun 6 tentang tips-tips persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Hjh Rohayah Bakar , guru b&k. Murid telah didedahkan  tentang panduan sebelum menjelang  peperiksaan, seminggu, sehari dan sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan . Selamat menjalani ujian percubaan UPSR kepada 156 orang murid tahun 6. Semoga  semuanya berjalan lancar dan murid akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan tenang. Jangan lupa memohon doa dari Illahi dan mohon restu kedua ibu bapa juga guru-guru. Kai guru-guru SKDDH mendoakan yang terbaik untuk murid SK Dato' Demang Hussin.

Selamat Berjuang
 







Program Kembara Guru Penyayang Sempena Ramadhan 2015

Program kembara guru penyayang telah dapat diadakan untuk tahun ke-2 pada 10 Julai (Jumaat) dan 13 Julai (Isnin) 2015. Program ini bertujuan menghulurkan bantuan makanan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, tepung, gula dll dan wang ringgit untuk meringankan beban murid-murid yang miskin di SKDDH. Seramai 20 orang murid telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut.

Unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama badan kebajikan murid dan guru pemulihan telah menghantar sendiri barangan tersebut hasil sumbangan guru-guru dan kakitangan sekolah yang turut disertai oleh Datuk Yusof Jantan YDP PIBG dan guru besar.

Tujuan program ini diadakan disamping membantu murid yang memerlukan juga dapat melihat sendiri kehidupan seharian murid-murid dengan menziarahi mereka di rumah. Dengan cara itu, kita akan dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan keibubapaan dan p&p. Kunjungan itu juga akan dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan guru-guru.















Program Marhaban dan sambutan hari raya aidil fitri peringkat sekolah 2015

Sempena meraikan bulan syawal yang mulia dan mengimarahkan program marhaban, SK Dato' Demang Hussin telah mengadakan sambutan hari raya aidil fitri dan program marhaban peringkat sekolah pada 25 Julai 2015 ( 9 Syawal ). Walaupun program p& p berjalan seperti biasa namun kemeriahan sambutan syawal tetap dirasai dan diraikan oleh semua warga sekolah terutama murid-murid skddh yang hadir ke sekolah pada hari itu. Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid yang berpeluang menyediakan juadah hari raya yang enak. Murid-murid sangat teruja menikmati juadah hari raya terutama murid yang terlibat dengan aktiviti marhaban kerana mereka juga menerima bunga telur dan duit raya dari guru-guru. Semoga program ini akan dapat diteruskan di masa akan datang kerana dapat memupuk kasih sayang dalam kalangan warga sekolah disamping mengeratkan silaturrahim. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini terutama Panitia Agama Islam yang aktif......