Jumaat, 15 April 2016

Program Nutrisi dan pemakanan sihat

Program nutrisi dan pemakanan sihat bersama Horlicks telah diadakan di Anjung Informasi pada 14 April 2016. Program bermula jam 10.05 pagi dan dihadiri oleh semua murid Tahun 1,2 dan 3. Murid-murid telah didedahkan dengan kaedah pemakanan sihat yang berasaskan susu. Terima kasih kepada semua guru yang telah banyak membantu menjayakan program.










Program motivasi Tahun 6

Program motivasi Tahun 6 telah diadakan pada 14 April 2016 bertempat di Anjung Informasi. Seramai 158 orang murid tahun 6 terlibat dengan program tersebut. Ceramah mendedahkan murid-murid kepada teknik belajar yang betul dengan menggunakan kemahiran otak kanan dan otak kiri. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Sulaiman dari Sulaiman Motivation and Consultant. Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah menjayakan program tersebut.






Program sepagi bersama Papermate

Program bersama papermate telah diadakan pada 13 April 2016 (Rabu) bertempat di Balai Datuk Ali Rustam.




Rabu, 13 April 2016

Bengkel Motivasi dan Kecemerlangan Diri Tahun 6 2016

Bengkel Motivasi dan Kecemerlangan diri Tahun 6 2016 telah diadakan pada 12 April 2016 (Selasa) bertempat di Hotel Emperor Melaka. Seramai 158 orang murid tahun 6 dan 10 orang guru pengiring terlibat dengan program tersebut. Matlamat utama program ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam UPSR 2016

Antara objektif program pula ialah memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi menjadi individu, model dan pemimpin yang cemerlang di sekolah serta cemerlang dalam upsr 2016. Berusaha memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif. Melahirkan murid-murid yang penyayang, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk mengimbangkan aktiviti seharian samada di rumah, sekolah atau masyarakatMembantu murid-murid dari aspek sosial, dan pembelajaran supaya mereka mampu membuat keputusan yang bijak, tepat dalam semua perkara.

Program dimulakan dengan ceramah transformasi minda anakku cemerlang, ceramah  cemerlang dunia akhirat, bengkel mengisi graf bakat. Ybhg Datuk Md Sirat Abu turut hadir mewakili Yayasan Melaka menyampaikan sumbangan dan merasmikan perasmian penutupan program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program terutama Yayasan Melaka, PIBG kerana telah menyumbang  kewangan berjumlah RM2000.






















 

Khamis, 7 April 2016

Program sepagi bersama Johnson & Johnson

Program Bersama Johnson & Johnson telah diadakan pada 1 April 2016 bertempat di Anjung Informasi. Murid-murid Tahap 1 terlibat dengan program tersebut.




Isnin, 21 Mac 2016

Program Mentor Mentee 2016

Pelancaran program mentor mentee SK Dato' Demang Hussin telah diadakan pada 21 Mac 2016 ( Isnin) di Balai Datuk Ali Rustam. Program telah dirasmikan oleh Tn Hj Adam Md Dali, guru besar skddh. Antara  objektif program ialah setiap murid mempunyai kebolehan untuk membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan dari mentor. Selain itu murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan merka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
Setiap kelas akan diketuai oleh 2/3 orang guru. Guru atau mentor perlu memantau perkembangan murid (mentee) samada dalam bidang akademik atau sahsiah. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang memberikan kerjasama.

 KONSEP:
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang