Rabu, 13 April 2016

Bengkel Motivasi dan Kecemerlangan Diri Tahun 6 2016

Bengkel Motivasi dan Kecemerlangan diri Tahun 6 2016 telah diadakan pada 12 April 2016 (Selasa) bertempat di Hotel Emperor Melaka. Seramai 158 orang murid tahun 6 dan 10 orang guru pengiring terlibat dengan program tersebut. Matlamat utama program ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam UPSR 2016

Antara objektif program pula ialah memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi menjadi individu, model dan pemimpin yang cemerlang di sekolah serta cemerlang dalam upsr 2016. Berusaha memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif. Melahirkan murid-murid yang penyayang, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk mengimbangkan aktiviti seharian samada di rumah, sekolah atau masyarakatMembantu murid-murid dari aspek sosial, dan pembelajaran supaya mereka mampu membuat keputusan yang bijak, tepat dalam semua perkara.

Program dimulakan dengan ceramah transformasi minda anakku cemerlang, ceramah  cemerlang dunia akhirat, bengkel mengisi graf bakat. Ybhg Datuk Md Sirat Abu turut hadir mewakili Yayasan Melaka menyampaikan sumbangan dan merasmikan perasmian penutupan program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program terutama Yayasan Melaka, PIBG kerana telah menyumbang  kewangan berjumlah RM2000.






















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan