Rabu, 27 April 2016

Program Pencegahan Jenayah, PPDa dan Anti Buli Peringkat Sekolah 2016



SK Dato' Demang Hussin telah mengadakan program pencegahan jenayah, pencegahan dadah dan anti buli peringkat sekolah 2016 pada 25 April - 28 April 2016.  Program telah dirasmikan oleh Suprintendan Shamsiah bte Yusuf, Tinbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti (Operasi) IPK Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mengarang esei, pertandingan mewarna, buku skrap, soal selidik buli dan soal selidik merokok.


RASIONAL:
Pembangunan modal insan  adalah bermula dari alam persekolahan. Usaha membentuk keperibadian mulia dalam kalangan pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua peringkat kepimpinan.

MATLAMAT:
Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah tentang perlakuan jenayah, dadah, buli dan kesannya serta memahami dan menghayati peranan dan tugas masing-masing dalam pelaksanaan strategi dan pelan tindakan di peringkat sekolah untuk membendung gejala tersebut

OBJEKTIF:
Memberi kesedaran dan kefahaman kepada warga sekolah tentang tingkahlaku jenayah, penyalahgunaan dadah dan gejala buli

Menjadi panduan kepada pihak sekolah  dalam membina dan menguatkuasa peraturan sekolah

Mendisiplinkan murid supaya menjadi individu yang boleh bertanggungjawab dan mematuhi peraturan

Mewujudkan masyarakat sekolah yang bertatasusila,demoktarik adil, kreatif, mempunyai harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan