Isnin, 18 April 2016

Program Aman Palestin




Aman Palestin ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.
Untuk menanam sikap menjadi warga prihatin, SK Dato' Demang Hussin telah mengadakan program Aman Palestin pada 18 April 2016 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Wakil dari Aman Palestin Cawangan Melaka telah menyampaikan maklumat kepada semua guru-guru dan murid-murid skddh tentang Aman Palestin dan aktiviti mereka bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas. Selain itu diadakan juga kutipan derma dari kalangan guru dan murid.Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada program tersebut.

KAFALAH ANAK YATIM:
"Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini di syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari banginda iaitu dengan merapatkan jari telunjuk dan jari hantu"
(H.R Bukhari)


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan