Rabu, 23 September 2015

PROGRAM KE MANA ANDA SELEPAS UPSR 2015

Program  ke mana anda selepas UPSR telah diadakan pada  11 September 2015 bersamaan Hari Jumaat. Tujuan program ini ialah untuk mendedahkan kepada semua murid tahun 6 tentang sekolah menengah yang boleh dipilih smada kelas rancangan khas, kelas kawalan, sekolah agama, kelas agama , sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah seni dan sekolah sukan.

Murid didedahkan tentang syarat kelayakan dan kehidupan seharian sekiranya memilih untuk tinggal di asrama. Harapan kami taklimat ini amat membantu murid untuk memilih sekolah yang sesuai dengan minat dan kelulusan masing-masing.





PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 SESI 2015

Pentaksiran psikometrik ujian aptitud am tahun 3 telah diadakan pada 18 September 2015 bermula jam 10.05 pagi. Seramai 167 orang murid tahun 3 terlibat dengan pentaksiran tersebut. Kelas 3Aman, 3 Arif, 3 Amanah. 3 Afdal dan 3 Azam bersemangat menduduki pentaksiran tersebut.

Sebelum pentaksiran bermula, surat pemberitahuan telah disampaikan kepada ibu bapa dan taklimat juga telah diadakan untuk menerangkan kepada semua murid-murit tentang pentaksiran yang akan dijalankan.










UPSR 2015, KU TUNGGU KEHADIRANMU

Peperiksaan UPSR 2015 telah berlangusng pada 9, 10, dan 11 September 2015. Seperti kebiasaanya, pada hari-hari peperiksaan UPSR,guru-guru menyediakan sarapan pagi berupa minuman dan roti. Majlis pagi itu dimulakan dengan bacaan yasin , memohon supaya dipermudahkan kepada semua murid tahun 6 semasa menjawab peperiksaan UPSR. Majlis bacaan yasin juga disertai oleh ramai dalam kalangan ibu bapa yang mengambil cuti semata-mata untuk bersama anak-anak mereka. Turut diadakan juga solat hajat di surau skddh yang dipimpin oleh Ustaz Zakaria Mohamad, Ustaz Amran dan Ustaz Hazerza.

Guru-guru skddh mendoakan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6 . Terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang telah hadir dan menyumbang tenaga dan masa untuk menjayakan program yang diracang.

Bacaan yaasin pada hari UPSR

Ustaz Mohd Adli Daud mengetuai bacaan yasin

Murid-murid Tahun 6 2015

Sebahagian guru turut serta membaca yasin

Sebahagian ibu ibu yang hadir

Program Restu Ilmu UPSR 2015

Program restu ilmu UPSR 2015 telah diadakan pada 7 September  (Selasa) bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Majlis telah dirasmikan oleh Naib YDP PIBG. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Zakaria Mohamad.  Antara pengisian program ialah ucapan ketua murid mewakili murid tahun 6, Pn Hasliza Hasan mewakili semua guru tahun 6, ucapan guru besar dan perasmian oleh Naib YDP PIBG.

Objektif program ialah untuk memohon restu ilmu dari semua guru-guru dan diharap semua murid tahun 6 akan dapat menjawab soalan upsr dengan tenang, lapang dada dan sentiasa dipermudahkan .

Ustaz Zakaria Mohamad mengetuai bacaan doa

Mohd Hazim, ketua pengawas skddh mewakili  murid tahun 6 menyampaikan ucapan

Sebahagian murid tahun 6

Sebahagian murid tahun 6

Sebahagian guru tahun 6

Pn Mutiar Rabihah guru bertugas mingguan

Pn Haliza Hasan mewakili guru tahun 6

Gru Besar menyampaikan amanat

Naib YDP merasmikan majlis restu ilmu

Guru menyediakan set alat tulis

Sebahagian guru lelaki skddh

Terima kasih kepada naib YDP

Bersalaman dan mohon restu

Bersalaman dan mohon restu

Fakhrul, calon UPSR 2015

Mubarak, calon UPSR 2015

Jumaat, 11 September 2015

Pertandingan Deklamasi Sajak Kategori Guru / Kakitangan sempena bulan Kemerdekaan 2015

Unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan pertandingan deklamasi sajak kategori guru dan kakitangan sempena kehadiran bulan kemerdekaan 2015. Program diadakan bertujuan memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan disamping menanam sikap cintakan negara melalui pembacaan puisi dan memberi peluang kepada guru dan kakitangan memperlihatkan bakat diri. Mungkin selama ini para guru tidak sedar bahawa mereka dikurniakan bakat semulajadi yang perlu diserlahkan melalui pembacaan puisi.

Pertandingan yang diadakan pada 28 Ogos 2015 bermula jam 8.00 pagi turut diserikan dengan kehadiran Encik Zulhijri Sabtu, Ketua Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Melaka. Sebanyak 14 pasangan telah mengambil bahagian dengan diadili oleh hakim jemputan En Kamarudin Bakar, beserta Pn Hjh Rohayah Bakar dan En Mohd Bakri Che Amin. Tahniah kepada peserta yang telah memenangi pertandingan tersebut. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan majlis tersebut. Terima kasih juga kepada semua murid-murid yang spoting dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada guru-guru mereka.

# Sehati Sejiwa