Rabu, 13 April 2016

Bengkel Motivasi dan Kecemerlangan Diri Tahun 6 2016

Bengkel Motivasi dan Kecemerlangan diri Tahun 6 2016 telah diadakan pada 12 April 2016 (Selasa) bertempat di Hotel Emperor Melaka. Seramai 158 orang murid tahun 6 dan 10 orang guru pengiring terlibat dengan program tersebut. Matlamat utama program ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam UPSR 2016

Antara objektif program pula ialah memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi menjadi individu, model dan pemimpin yang cemerlang di sekolah serta cemerlang dalam upsr 2016. Berusaha memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif. Melahirkan murid-murid yang penyayang, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk mengimbangkan aktiviti seharian samada di rumah, sekolah atau masyarakatMembantu murid-murid dari aspek sosial, dan pembelajaran supaya mereka mampu membuat keputusan yang bijak, tepat dalam semua perkara.

Program dimulakan dengan ceramah transformasi minda anakku cemerlang, ceramah  cemerlang dunia akhirat, bengkel mengisi graf bakat. Ybhg Datuk Md Sirat Abu turut hadir mewakili Yayasan Melaka menyampaikan sumbangan dan merasmikan perasmian penutupan program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program terutama Yayasan Melaka, PIBG kerana telah menyumbang  kewangan berjumlah RM2000.






















 

Khamis, 7 April 2016

Program sepagi bersama Johnson & Johnson

Program Bersama Johnson & Johnson telah diadakan pada 1 April 2016 bertempat di Anjung Informasi. Murid-murid Tahap 1 terlibat dengan program tersebut.




Isnin, 21 Mac 2016

Program Mentor Mentee 2016

Pelancaran program mentor mentee SK Dato' Demang Hussin telah diadakan pada 21 Mac 2016 ( Isnin) di Balai Datuk Ali Rustam. Program telah dirasmikan oleh Tn Hj Adam Md Dali, guru besar skddh. Antara  objektif program ialah setiap murid mempunyai kebolehan untuk membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan dari mentor. Selain itu murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan merka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
Setiap kelas akan diketuai oleh 2/3 orang guru. Guru atau mentor perlu memantau perkembangan murid (mentee) samada dalam bidang akademik atau sahsiah. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang memberikan kerjasama.

 KONSEP:
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang




















Isnin, 7 Mac 2016

Pelancaran Program Waqaf Panitia Agama Islam 2016

Hadith:

"apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu :
  • sedekah jariah
  • ilmu yang dimanafaatkan
  • dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu dan bapa

Panitia Agama Islam SKDDH telah merancang pelbagai aktiviti untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid dan guru-guru skddh. Pada 7 Mac 2016 (Isnin) Panitia Agama Islam telah melancarkan program waqaf

  Berdasarkan hadith ini, Panitia Agama Islam merupakan wakil penerima "Waqaf Banting Zikir" telah mengambil inisiatif agar guru-guru dapat manafaat.

Lafaz akad:

Saya ................................. dengan ini mewakafkan sebahagian harta saya untuk diri saya dan ahli keluarga saya kepada Panitia Agama Islam. Semoga wakaf saya ini diterima Allah sebagai amal jariah saya

Lafaz Qabul :
Saya mewakili Panitia Agama Islam dengan ini menerima sebahagian harga tuan/puan sebagai waqaf (amal jariah) tuan/puan.

Zikir sebelum P&P dijalankan

Guru Besar Tn Hj Adam Md Dali memasukkan wang ke dalam tabung sebagai gimik perasmian 





Pelancaran Frog VLE 2016

Apakah Frog VLE ?



Frog VLE adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.


Persekitaran pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali dengan VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintergrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementera pelajar boleh menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE

Guru-guru dan murid-murid boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksana di mana sahaja dan bila-bila masa.

 

 https://www.mba20121bestarinet.net


OBEJEKTIF :

  •  membantu melonjakkan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguruan di Malaysia
  •  Menyediakan latihan interaktif  untuk guru-guru dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran 
  • Mendedahkan kepada murid dan guru-guru tentang kaedah penggunaan Frog VLE dalam P&P 
  •  
     


Model Frog VLE
 

Ucapan perasmian oleh Tn Hj Adam Md Dali
 Gimik perasmian

 Guru Besar menurunkan tandatangan

     Bergambar selepas pelancaran Frog VLE

Rabu, 3 Februari 2016

Faktor perkembangan kerjaya

Dunia kerjaya adalah dunia yang sentiasa berkembang. Pelbagai faktorboleh mempengaruhi perkembangan kerjaya. Proses perkembangan kerjaya berlaku hampir sepanjang hidup kita dan akan membentuk keupayaan untuk melakukan kerja sebagai sebahagian dari gaya hidup. Antara faktor yang telah dikenalpasti sebagai faktor yang mempengaruhi kerjaya seseorang ialah kebolehan intelek, bakat, pengaruhi pendidikan,keperibadian atau personaliti, konsep kendiri dan harga diri, nilai, minat dan jantina.

Kebolehan Intelek:
Kebolehan intelek merupakan faktor terpenting dalam pemilihan kerjaya . Seseorang yang mempunyai daya intelektual yang tinggi juga dikatakan mempunyai motivasi yang tinggi juga. Apabila seseorang itu bekerja dengan pekerja yang mempunyai aya intelektual yang tinggi, maka lazimnya hasil pekerjaannya berkualiti begitu juga sebaliknya.


                                       Image result for ijazah

Bakat :
Prestasi seseorang itu dalam bidang yang diceburi banyak dipengaruhi oleh gabungan bakat atau kebolehan. Setiap pekerjaan mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu kita dapati setiap pekerjaan biasanya memerlukan kebolehan yang dikenalpasti sebagai syarat kemasukan. Bakat juga dikatakan mempengaruhi tahap kerjaya, latihan dan mutu kerja.

Image result for bakat


                                                   Image result for bakat