Isnin, 18 April 2016

Program Aman Palestin




Aman Palestin ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.
Untuk menanam sikap menjadi warga prihatin, SK Dato' Demang Hussin telah mengadakan program Aman Palestin pada 18 April 2016 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Wakil dari Aman Palestin Cawangan Melaka telah menyampaikan maklumat kepada semua guru-guru dan murid-murid skddh tentang Aman Palestin dan aktiviti mereka bagi membantu rakyat Palestin yang tertindas. Selain itu diadakan juga kutipan derma dari kalangan guru dan murid.Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang kepada program tersebut.

KAFALAH ANAK YATIM:
"Aku dan penjaga kepada anak yatim seperti ini di syurga. Berkata Malik, baginda telah mengisyaratkan dua jari banginda iaitu dengan merapatkan jari telunjuk dan jari hantu"
(H.R Bukhari)


































Ahad, 17 April 2016

Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan 2016

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI KEPENGGUNAAN

Kategori
  • A. Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
  • B. Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
  • C. Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
  • D. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
  • E. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
Syarat
  • Panjang esei tidak melebihiEsei hendaklah ditaip menggunakan tulisan ”Arial 12 poin” atau menggunakan tulisan tangan yang jelas. Sama ada ditaip atau tulisan tangan, semua esei hendaklah langkau sebaris (“single line spacing”).
    • 300 patah perkataan bagi Kategori A
    • 1,000 patah perkataan bagi Kategori B dan kategori C
    • 2,500 patah perkataan bagi kategori D dan E.
  • Penyertaan esei boleh dihantar melalui e-mel ke urusetia@mypengguna.com. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan pertandingan yang lengkap.
  • Esei mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri.
  • Tarikh tutup untuk semua penyertaan pertandingan ialah 1 Julai 2016.
  • Pelajar yang menghantar esei secara atas talian (online) akan diberikan keutamaan untuk proses penghantaran sijil penyertaan.
  • Semua Penyertaan akan menerima SIJIL PENYERTAAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Semua Pemenang akan menerima SIJIL PENCAPAIAN yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Hadiah
Kategori Hadiah Wang Tunai
Kategori A. (4 bahasa) Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM1,000.00
RM750.00
RM500.00
RM100.00
Kategori B dan Kategori C (4 bahasa) Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM1,500.00
RM1,000.00
RM750.00
RM100.00

Kategori D (2 bahasa)
Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM2,000.00
RM1,500.00
RM1,000.00
RM200.00
Kategori E (2 bahasa) Hadiah Pertama
Hadiah Kedua
Hadiah Ketiga
Hadiah Sagu Hati (x10)
RM2,500.00
RM2,000.00
RM1,500.00
RM200.00

Tajuk
Kategori A - Sekolah Rendah (Tahun 4-6)
Bahasa Kod Tajuk         Tajuk
Malaysia EAM1 Kebersihan Sekolah Saya
EAM2 Faedah Senaman Kepada Kesihatan
EAM3 Keselamatan Di Taman Permainan Kanak-Kanak
English EAE1 My School Cleanliness.
EAE2 Benefits of Exercise for Health
EAE3 Safety at Children’s Playground
中文题目 EAC1 我校的卫生
EAC2 运动对身体的好处  
EAC3 游乐园的安全
tamil EAT1
என் தூய்மையான பள்ளி.
EAT2
சுகாதாரத்திற்கு உடற்பயிற்சினால் ஏற்படும் நன்மைகள்.
EAT3
சிறுவர் பூங்காவின் பாதுகாப்பு.    
Kategori B - Menengah Rendah (Tingkatan 1-3)
Bahasa Kod Tajuk Tajuk
 Malaysia    EBM1 Kepentingan Sukan dan Amalan Gaya  Hidup Sihat
 EBM2 Telefon Pintar dan Remaja
 EBM3 Implikasi Aktiviti Pembalakan Terhadap Alam Sekitar. Bincangkan
 English    EBE1 Importance of Sport And Healthy Lifestyle Practices
 EBE2 Youth and Smart Phone
 EBE3 Implications of logging to the Environment. Discuss                  
 中文题目    EBC1 运动与健康生活的重要性 
 EBC2 青少年与智能手机      
 EBC3 试谈砍伐树木对环境的影响 
 tamil    EBT1
விளையாட்டு மற்றும் ஆரோக்கியமான வாழ்க்கை முறையின் முக்கியத்துவம்
 EBT2
இளைஞரும் விவேகக்
  EBT3
வெட்டு மர தொழிலினால் சுற்றுச்சூழலுக்கு ஏற்படும் விளைவுகள். விவரிக்கவும்
Kategori C - Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
 Bahasa Kod Tajuk  Tajuk
 Malaysia   ECM1 Kesan Pelancongan Terhadap Alam Sekitar.
ECM2 Pemantapan Pengurusan Kewangan Sejak Dari Alam Persekolahan
ECM3 Keburukan Penggunaan Rokok Elektronik (Vape). Bincangkan
 English   ECE1 Impacts of Tourism on the Environment.
ECE2 Strengthening Financial Management since school.
ECE3 Disadvantages of Using Electronic Cigarettes (Vape). Discuss.
 中文题目   ECC1 旅游对环境的影响
ECC2 加强财务管理需从校园时期开始
ECC3 电子烟的坏处
 tamil   ECT1
சுற்றுலாவினால் சுற்றுச் சூழலுக்கு ஏற்படும் விளைவுகள்.
ECT2
நிதி நிர்வகித்தலை ஆரம்ப பள்ளியிலே வலுப்படுத்துதல்.
ECT3
மின்சார வெண்சுருட்டினால் (வேப்) ஏற்படும் விளைவுகள்.
Kategori D - IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
 Malaysia    EDM1 Peningkatan Tambang Pengangkutan Awam Di Malaysia. Bincangkan.
 EDM2 Pengaruh Materialistik dalam Pengurusan Kewangan Remaja. Bincangkan.
 EDM3 Keselamatan Makanan. Masalah dan Penyelesaian.
 English    EDE1 The increase in public transport fares in Malaysia. Discuss.
 EDE2 Influence of materialism in Financial Management Among Youth’s. Discuss.
 EDE3 Food Safety. Problems and Solutions.
Kategori E - Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)   
 Malaysia    EEM1 Derita orang Bandar! Masalah dan Penyelesaiannya
 EEM2 Tanggungjawab sosial korporat di Malaysia. Adakah ia memadai?
 EEM3 Perubahan Iklim Punca Banjir Besar Pada 2014. Bincangkan.
 English    EEE1 Suffering of Urban People! Problem and Solutions
 EEE2 Corporate Social Responsibility in Malaysia. Is it adequate?
 EEE3 Climate Change causes massive floods in 2014. Discuss.

Borang

Jumaat, 15 April 2016

Program Nutrisi dan pemakanan sihat

Program nutrisi dan pemakanan sihat bersama Horlicks telah diadakan di Anjung Informasi pada 14 April 2016. Program bermula jam 10.05 pagi dan dihadiri oleh semua murid Tahun 1,2 dan 3. Murid-murid telah didedahkan dengan kaedah pemakanan sihat yang berasaskan susu. Terima kasih kepada semua guru yang telah banyak membantu menjayakan program.










Program motivasi Tahun 6

Program motivasi Tahun 6 telah diadakan pada 14 April 2016 bertempat di Anjung Informasi. Seramai 158 orang murid tahun 6 terlibat dengan program tersebut. Ceramah mendedahkan murid-murid kepada teknik belajar yang betul dengan menggunakan kemahiran otak kanan dan otak kiri. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Sulaiman dari Sulaiman Motivation and Consultant. Terima kasih kepada semua guru-guru yang telah menjayakan program tersebut.






Program sepagi bersama Papermate

Program bersama papermate telah diadakan pada 13 April 2016 (Rabu) bertempat di Balai Datuk Ali Rustam.




Rabu, 13 April 2016

Bengkel Motivasi dan Kecemerlangan Diri Tahun 6 2016

Bengkel Motivasi dan Kecemerlangan diri Tahun 6 2016 telah diadakan pada 12 April 2016 (Selasa) bertempat di Hotel Emperor Melaka. Seramai 158 orang murid tahun 6 dan 10 orang guru pengiring terlibat dengan program tersebut. Matlamat utama program ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi untuk berjaya dan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam UPSR 2016

Antara objektif program pula ialah memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka berpotensi menjadi individu, model dan pemimpin yang cemerlang di sekolah serta cemerlang dalam upsr 2016. Berusaha memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif. Melahirkan murid-murid yang penyayang, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk mengimbangkan aktiviti seharian samada di rumah, sekolah atau masyarakatMembantu murid-murid dari aspek sosial, dan pembelajaran supaya mereka mampu membuat keputusan yang bijak, tepat dalam semua perkara.

Program dimulakan dengan ceramah transformasi minda anakku cemerlang, ceramah  cemerlang dunia akhirat, bengkel mengisi graf bakat. Ybhg Datuk Md Sirat Abu turut hadir mewakili Yayasan Melaka menyampaikan sumbangan dan merasmikan perasmian penutupan program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program terutama Yayasan Melaka, PIBG kerana telah menyumbang  kewangan berjumlah RM2000.






















 

Khamis, 7 April 2016

Program sepagi bersama Johnson & Johnson

Program Bersama Johnson & Johnson telah diadakan pada 1 April 2016 bertempat di Anjung Informasi. Murid-murid Tahap 1 terlibat dengan program tersebut.