Kemahiran Belajar
Menurut
Kamus Dewan Bahasa(Edisi ke-3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau
kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu
pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan,pemilihan rangsangan
yang sesuai oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam
otak,membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi
yang sepadan dan perubahan tingkah laku.
Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar
sama ada bersama guru atau tanpa guru. Kemahiran belajar juga mampu
meningkatkan daya belajar dan daya intelek seseorang individu .
Pelajar perlu
belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan
diri sendiri dan seterusnya berusaha mengatasi kelemahan dan menggunakan
kelebihan atau kekuatan yang ada untuk memaksimumkan pencapaian dalam
pelajaran.
Masa
pembelajaran yang terhad di dalam kelas menyebabkan ilmu pengetahuan yang
diterima oleh pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara untuk
memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam
mempelajari sesuatu dan meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.
Dengan
adanya kemahiran belajar ,seorang pelajar mampu belajar dengan cara yang betul
dan mengaplikasikan serta proses pembelajaran akan berterusan dalam diri
pelajar tersebut.
Kemahiran belajar juga dapat memupuk disiplin belajar. Kemahiran mengurus masa
misalnya, yang melibatkan pelajar membuat jadual waktu belajar untuk pembahagian
masa belajar. Hal ini akan mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang
dijadualkan mengikut jadual waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus
masa dengan lebih berkesan.
Pelajar
juga akan dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan dari semasa
ke semasa akan meningkatkan daya ingatan akibat mempelajari kemahiran belajar.
Kemahiran belajar membuat suatu maklumat dari proses pembelajaran akan mudah
difahami dan ingati oleh pelajar.
Pembelajaran
kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian individu dan
sekaligus mencapai matlamat pelajar tersebut. Beberapa jenis kemahiran belajar
yang dipelajari dapat meningkatkan pencapaian individu dengan membantu mereka
ketika proses pembelajaran dengan cara yang betul dan berkesan.
Akhirnya,seorang pelajar akan dapat membina budaya belajar yang berkesan dan
membawa kecemerlangan.
Jenis-jenis kemahiran belajar
1.Kemahiran
mengurus masa:
Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan
jadual waktu belajar.Pelajar akan dapat mengurus masa dengan baik dengan adanya
jadual waktu belajar samada di sekolah mahupun di rumah. Pelajar lemah
memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar
cerdas. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Pelajar
yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk
mata pelajaran itu.
Jadual waktu yang disediakan mestilah bersesuaian dengan
aktiviti pembelajaran pelajar seperti kerja rumah yang perlu disiapkan dan
waktu untuk mengulangkaji pelajaran lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan
mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai
oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah ianya tidak akan berkesan sekiranya
tidak disertai dengan disiplin dan semangat yang kuat.
Kepentingan jadual waktu
Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap pelajar
agar melakukan pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, pelajar
perlulah tahu terlebih dahulu tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai
jadual waktu.Diantaranya ialah pelajar akan dapat menlakukan aktiviti yang
telah dirancang selama seminggu, mendisiplinkan diri disamping menilai kembali
semua aktiviti yang telah dilakukan samada ia memberikan faedah atau
sebaliknya.
Selain
itu dengan adanya jadual waktu akan mengelakkan pelajar menangguhkan tugasan
yang perlu disiapkan dalam jangka waktu tertentu disamping mendorong ke arah
kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi samada kehidupan di dunia
mahupun di akhirat.
Antara cirri-ciri jadual waktu yang
baik ialah menepati tujuan dan objektif penyediaanya. Pelajar perlulah terlebih
dahulu menyenaraikan aktiviti yang ingin
dimasukkan ke dalam jadual waktu. Fikirkan aktiviti yang pelajar lakukan sesuai
dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan, peruntukan masa dan fikirkan juga
samada aktiviti itu sesuai dilakukan pada sebelah pagi, tengah hari, petang
atau malam. Bagi mata pelajaran yang ingin diulangkaji juga perlulah ditumpukan
kepada mata pelajaran yang lemah dan perlukan peruntukan masa yang lebih banyak
berbanding mata pelajaran yang lain.
Kadang-kadang semasa menyediakan
jadual waktu, ramai pelajar yang terlupa untuk memasukkan aktiviti persendirian
seperti berehat, beribadat, mengurus diri , menolong keluarga dan beriadah.
Oleh itu pelajar mestilah sentiasa ingat sebelum menyediakan jadual waktu
samada jadual waktu harian, mingguan atau tahunan, selain memperuntukan masa
untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran masa untuk diri sendiri juga amatlah
penting.
Rujukan:
Kamus
Dewan Edisi ke-3,(2008) Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur