Isnin, 3 November 2014
Majlis Khatam Alquran Murid Tahun 6 2014
Pada 31 Oktober 2014 telah diadakan majlis khatam al-quran bagi murid tahun 6. Program dimulakan dengan ucapan perasmian oleh En Husin Abu Noh GPK HEM diikuti dengan khatam quraan dan majlis taklid murid tahun 6. Murid dan guru bertaklid untuk saling menghalalkan ilmu yang diberi dan berjanji untuk terus menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dengan penuh rasa tanggungjawab.
Terasa sebak .. sebagai seorang guru yang telah bersama-sama dengan anak didik ini hingga ke tahun 6, satu jangka masa yang sangat lama, terasa seakan anak sendiri untuk menghantarnya ke suatu destinasi yang amat jauh. Untuk murid tahun 6 selamat menjalani kehidupan di sekolah menengah. Semoga ilmu yang telah didapati di bangku sekolah rendah dapat dimanafaatkan sebaiknya. Cikgu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua murid skddh.
![]() |
| En Husin Abu Noh merasmikan majlis khatam Quraan |
![]() |
| Sebahagian murid perempuan terlibat dengan program khatam quraan |
![]() |
| Bersedia.. sebelum memulakan majlis |
![]() |
| Akif Mulhim, diam-diam ubi.. berisi |
![]() |
| Bacaan doa selepas selesai khatam |
![]() |
| Penyampaian sijil dan bunga telur |
![]() |
| Terima kasih cikgu |
![]() |
| Terima kasih cikgu |
![]() |
| Terima kasih cikgu |
![]() |
| Mengetuai bacaan taklid tahun 6 |
Ahad, 2 November 2014
Program pengurusan jenazah perempuan
Antara
matalamt program adalah mendedahkan kepada semua murid dan guru tentang
cara-cara pengurusan jenazah yang betul. Tahniah kepada murid-murid
yang sukarela menjadi 'model' dalam program tersebut.
![]() |
| Taklimat sebelum program dijjalankan |
![]() |
| Tunjuk cara mandi jenazah |
![]() |
| Membantu mengambil wuduk untuk jenazah |
![]() |
| Tunjuk cara mengkafan jenazah |
![]() |
| Jawatankuasa program pengurusan jenazah perempuan |
Panitia Agama Islam telah mengadakan program pengurusan jenazah perempuan sebagai salah satu dari aktiviti selepas UPSR 2014. Seramai 84 orang murid perempuan tahun 6, guru-guru serta kakitangan sekolah telah mengikuti program tersebut.
Antara matalamt program adalah mendedahkan kepada semua murid dan guru tentang cara-cara pengurusan jenazah yang betul. Tahniah kepada murid-murid yang sukarela menjadi 'model' dalam program tersebut.
Sabtu, 1 November 2014
Sambutan hari kanak-kanak 2014
Sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 31 Oktober 2014 bertempat di Balai Datuk Ali Rustam. Majlis dimulakan dengan ucapan En Husin Abu Noh mewakili guru besar. Seterusnya menyampaikan anugerah kepada tunas kanak-kanak lelaki/perempuan (Tahap 1) dan tokoh kanak-kanak lelaki /perempuan (Tahap 2) Tahniah kepada semua warga kerja juga murid yang telah menerima anugerah.
![]() |
| Membaca biodata tokoh kanak-kanak |
![]() |
| Calon tokoh kanak-kanak |
![]() |
| Nama pun kanak-kanak, sempat makan gula-gula |
![]() |
| calun tunas kanak-kanak |
![]() | |
| Bergambar bersama ibu bapa masing-masing |
Program selangkah ke alam remaja
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama unit bimbingan dan kauseling telah mengadakan program selangkah ke alam remaja khusus untuk murid lelaki tahun 6 2014.Program telah diadakan pada hari Khamis 30 Oktober 2014 bertempat di Anjung Informasi.
Murid telah didedahkan perbezaan dan persamaan di alam sekolah rendah dan menengah, perkara -perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Cikgu sentiasa mendoakan semoga murid tahun 6 tabah dan bersedia menjalani kehidupan remaja di sekolah menengah.
Program sehari bersama Kolej MICOST Melaka
Unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan ceramah kenali ubat, kesan dan penyalahgunaan yang disampaikan oleh penceramah dari kolej MICOST Melaka pada 30 Oktober 2014. Dalam ceramah tersebut murid telah didedahkan dengan jenis-jenis ubat, cara memakan ubat, tarikh lupus dan kesan terhadap pesakit sekiranya diambil tidak mengikut peraturan.
Selain itu murid juga didedahkan dengan kerjaya sebagai seorang ahli farmasi, syarat- syarat menjawat jawatan tersebut dan mata pelajaran yang perlu dikuasai .Murid dan guru-guru amat teruja mendengar ceramah yang disampaikan. Terima kasih kepada Puan Norliza Ali dan rakan-rakan dari MICOST Melaka.
![]() |
| contoh ubat yang terdapat dalam pasaran yang sering digunakan kanak-kanak |
![]() |
| sebahagian murid mendengar ceramah |
![]() |
| Terima kasih Puan |
Program selangkah ke alam akil baligh murid perempuan Tahun 6
Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan program selangkah ke alam akil baligh khusus untuk murid perempuan. Dalam program tersebut murid didedahkan dengan kehidupan alam remaja khususnya semasa berada di sekolah menengah. Murid juga didedahkan dengan proses kedatangan haid dan cara-cara mandi hadas. Tahniah kepada semua jawatankuasa panitia Agama Islam yang telah menganjurkan program tersebut untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat kepada murid perempuan supaya dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah dengan betul dan sentiasa berada di jalan yang diredai.
Langgan:
Catatan (Atom)













































