Isnin, 7 Mac 2016

Pelancaran Frog VLE 2016

Apakah Frog VLE ?



Frog VLE adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.


Persekitaran pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali dengan VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintergrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementera pelajar boleh menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE

Guru-guru dan murid-murid boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskini oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksana di mana sahaja dan bila-bila masa.

 

 https://www.mba20121bestarinet.net


OBEJEKTIF :

  •  membantu melonjakkan transformasi pendidikan negara dengan mengukuhkan profesion perguruan di Malaysia
  •  Menyediakan latihan interaktif  untuk guru-guru dalam menggunakan teknologi Frog VLE dalam pengajaran dan pembelajaran 
  • Mendedahkan kepada murid dan guru-guru tentang kaedah penggunaan Frog VLE dalam P&P 
  •  
     


Model Frog VLE
 

Ucapan perasmian oleh Tn Hj Adam Md Dali
 Gimik perasmian

 Guru Besar menurunkan tandatangan

     Bergambar selepas pelancaran Frog VLE

Rabu, 3 Februari 2016

Faktor perkembangan kerjaya

Dunia kerjaya adalah dunia yang sentiasa berkembang. Pelbagai faktorboleh mempengaruhi perkembangan kerjaya. Proses perkembangan kerjaya berlaku hampir sepanjang hidup kita dan akan membentuk keupayaan untuk melakukan kerja sebagai sebahagian dari gaya hidup. Antara faktor yang telah dikenalpasti sebagai faktor yang mempengaruhi kerjaya seseorang ialah kebolehan intelek, bakat, pengaruhi pendidikan,keperibadian atau personaliti, konsep kendiri dan harga diri, nilai, minat dan jantina.

Kebolehan Intelek:
Kebolehan intelek merupakan faktor terpenting dalam pemilihan kerjaya . Seseorang yang mempunyai daya intelektual yang tinggi juga dikatakan mempunyai motivasi yang tinggi juga. Apabila seseorang itu bekerja dengan pekerja yang mempunyai aya intelektual yang tinggi, maka lazimnya hasil pekerjaannya berkualiti begitu juga sebaliknya.


                                       Image result for ijazah

Bakat :
Prestasi seseorang itu dalam bidang yang diceburi banyak dipengaruhi oleh gabungan bakat atau kebolehan. Setiap pekerjaan mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu kita dapati setiap pekerjaan biasanya memerlukan kebolehan yang dikenalpasti sebagai syarat kemasukan. Bakat juga dikatakan mempengaruhi tahap kerjaya, latihan dan mutu kerja.

Image result for bakat


                                                   Image result for bakat
                                             

Ahad, 31 Januari 2016

KERJAYA

Menurut Yusof dalam Mohamed Sharif dan Roslee (2002) kerjaya didefinisikan sebagai profesion yang menjadi salah satu cara mencari nafkah . Manakala Mohamed Fadhil (2002) mendefinisikan kerjaya sebagai kerja atau aktiviti untuk memenuhi keperluan psikologi., ekonomi dan sosial individu dan ini direalisasikan dengan bekerja sehingga berjaya. Kerjaya  bermaksud perkembangan dan kemajuan seseorang dari segi pekerjaan. Kerjaya selalunya merujuk kepada jawatan tetap dan berjaya menjadikan seseorang itu mencari nafkah hidup, menyara kehidupan.(Wikipedia)


FAKTOR PERKEMBANGAN KERJAYA
Dunia kerjaya adalah satu bidang yang sentiasa berkembang. Pelbagai faktor dikatakan mempengaruhi perkembangan kerjaya.  Perkembangan kerjaya merujuk kepada proses perkembangan yang berlaku sepanjang hidup dan sesorang yang melaluinya akan berupaya melakukan kerja  dan melibatkan diri dengan kerja tersebut sebagai sebahagian daripada gaya hidupnya. Kebolehan intelek, bakat, pengaruh pendidikan, keperibadian, personaliti, konsep kendiri, harga diri, nilai, minat dan jantina boleh mempengaruhi kerjaya seseorang. Sudahkan anda mempunyai kerjaya pilihan !!!!


                                                                Image result for kerjaya pilihan di malaysia
   
                                                              Image result for kerjaya pilihan di malaysia

KREATIVITI

KREATIVITI:
Masyarakat umum masih kabur berkenaan apa yang dimaksudkan dengan pemikiran kreatif atau kreativiti. Kreativiti ialah kebolehan asasi yang dimiliki oleh manusia. Tidak ada manusia yang tidak kreatif. Kecenderungan seseorang berkreativiti banyak bergantung kraftangan , melukis dan lain-lain aktiviti. 

                                              



Kreativiti mesti dipupuk melalui pendekatan yang betul, bersesuaian dan bersistem. Berfikir secara kreatif adalah suatu seni. Seni berfikir kreatif melibatkan keupayaan manusia memusatkan tumpuan dan usaha ke arah sebarang penyelesaian kreatif . Menurut sarjana disiplin pemikiran  kreatif, seni berfikir kreatif melibatkan elemen-elemen berikut :

  • penggunaan teknik berfikir yang betul
  • latihan yang berulang-ulang
  • kewujudan motivasi intrinstik dan ekstrinsik dalam proses berfikir kreatif
  • jelas pada objektif yang ingin dicapai
  • memiliki pengetahuan yang khusus dalam sesuatu bidang
  • bentuk masalah yang ingin diselesaikan
  • being in the right place at the right time (RPRT)
             
                                          

Sabtu, 30 Januari 2016

Anak Yang Terdidik

ANAK YANG TERDIDIK :

  • Tidak mengambil ikut suka
  • Menghormati hak orang lain
  • Tanam sikap suka memberi
  • Tidak suka kemewahan
  • Tidak berludah di khalayak ramai
  • Tidak menguap
  • Tidak berpaling punggong kepada orang
  • Tidak bersila panggung
  • Tidak cakap ikut suka
  • Tidak berkelakuan ikut suka
  • Tidak suka bersumpah
  • Tidak suka menyampuk
  • Tidak mencerca orang lain
  • Tidak bercakap lucah
  • Memberi tempat kepada orang tua



Image result for cara menghormati orang tua






Jumaat, 29 Januari 2016

Tekanan







Tekanan merupakan satu situasi atau perkara yang boleh menganggu atau membina kehidupan seharian. Jika individu dapat menyesuaikan diri, ini merupakan tekanan yang membina dan disebut eustress.Jika ia tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tekanan itu, maka dianggap merosakkan diri dan disebut distress. 

Image result for stres

Faktor yang menyebabkan tekanan :-
  • tidak dapat menyiapkan kerja ruma
  • adik telah mengoyakkan buku
  • kesempitan hidup
  • tidak dapat menguasai pembelajarn dan pengajaran 


Cara mengatasi :-
  • Bermain bersama haiwan peliharaan
  • Berbincang bersama keluarga / rakan
  • Menonton TV atau mendengar radio
  • Bersiar-bersiar
  • Membaca Al-Quraan / buku
  • Bermain bersama rakan-rakan
  • Bermain alat muzik 
Image result for stres

Khamis, 28 Januari 2016

BENARKAH MARAH MEMBAWA PENYAKIT ?

                                            


 Pernahkah anda naik berang, geram dan sakit hati ?. Keadaan ini mendorong kita menjadi marah. Ramai yang melepaskan geram mereka dengan menjerit atau memekik atau sekurang-kurangnya melempar objek ke arah seseorang akibat kemarahan yang tidak terkawal !


                                        


Ramai yang berpendapat luahan perasaan marah ini akan dapat melegaan seseorang. Sebenarnya tanggapan ini adalah tidak benar. Hasil ujian psikologi yang dilakukan oleh Profesor Redford Williams, dari Duke University di Carolina Utara, Amerika Syarikat mendapati faktor suka marah mengurangkan keupayaan seseorang untuk memerangi semua jenis penyakit. Oleh itu, anda cuba elakkan perasaan marah tak tentu pasal. Kurangkan perasaan marah dan kawal diri anda apabila marah.
                                                    




Bolehkah anda berbuat demikian ?

Selamat mencuba